Selasa, 13 Januari 2015

Asia Plantation Capital - Agarwood

Aquilaria subintegra dari Thailand




Spesis ini tidak sesuai cecair suntikan lain kecuali yang khusus dari mereka (Thailand) sahaja. Cepat meninggi dan membesar.

Ahad, 4 Januari 2015

Peluang perniagaan pohon kayu gaharu di malaysia

Entri ini adalah hanya dari pemerhatian penulis sahaja. Buat masa ini belum lagi berpengalaman menjalankan perniagaan berkaitan dengan produk berasaskan gaharu. Apa yang boleh digariskan disini adalah penyediaan khidmat dan logistik seperti berikut:

a) biji benih dan anak pokok


Penjualan borong dan runcit anak pokok serta biji benih spesis aquilaria yang mana mereka turut menyediakan servis selepas jualan seperti penghantaran sama ada berbayar ataupun percuma bergantung kepada jumlah tempahan.


Anak pokok gaharu juga boleh diimport dari negara pengeluar seperti thailand, kemboja, india dan vietnam, seterusnya diedarkan kepada peruncit dan peladang.


b) sebagai pengilang


Memproses bahan berasaskan gaharu adalah satu cabang perniagaan baru dalam menghasilkan barang separuh siap ataupun produk penuh.


Antara pasaran yang boleh ditembusi merangkumi market lokal dan global. Contoh produk yang boleh dihasilkan adalah minyak wangi, daun teh herba gaharu, damar tulen dan lain-lain.


c) pengedar dan pengusaha


Terdapat banyak produk dalam memenuhi kehendak dan keperluan didalam industri ini. Antaranya adalah baja nutrien, bahan inokulasi serta peralatannya dan juga perkhidmatan tertentu yang diperlukan dalam perniagaan gaharu.


d) mencipta produk baru


Membina alatan/mesin ataupun mencipta teknik khas dalam kaedah suntikan/inokulasi. Selain dari perkara tersebut, peluang perniagaan adalah mengeluarkan baja khas bagi tanaman pohon kayu gaharu bagi tujuan mendapatkan proses pembesaran yang cepat.


e) perniagaan dan penjualan lot


Penjualan lot tanah yang ditanam dengan pokok gaharu adalah satu produk perniagaan yang kini dibuat oleh GCSB jerteh besut.


Ini merupakan satu kemudahan kepada pelabur kerana kerja-kerja penanaman gaharu tidak diperlukan lagi serta menjimatkan masa mereka.


Perniagaan berasaskan gaharu bukanlah suatu yang baru, negara seperti thailand telah mengeluarkan berbagai-bagai peralatan dari pohon kayu ini bagi dikomersilkan ke seluruh dunia.


Justeru, sama-sama kita melangkah ke arah memajukan industri ini di dalam malaysia dan jadikan perniagaan gaharu sebahagian dari aktiviti ekonomi yang menguntungkan. 


Tambahan pula, pemasaran di dalam perniagaan gaharu semakin hari bertambah nilai dan menjadi peluang yang terbuka luas yang mana akses internet lebih menyeluruh tanpa sempadan.     


Ianya nampak satu cabang perniagaan mudah yang boleh diceburi oleh sesiapa jua.