Memaparkan catatan dengan label gaharu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gaharu. Papar semua catatan

Rabu, 28 Oktober 2015

gaharu subintegra

tanaman anak pokok gaharu dari spesis aquilaria subintegra memerlukan komitmen yang tinggi bagi memastikan peratus kematian dapat dikurangkan.

menerusi teknik tissue culture (pembenihan khusus) akan membentuk anak pokok yang berakar pendek. ini menyebabkan spesis ini mudah tumbang apabila angin kuat. oleh itu, penanaman ditempat yang bertanah lembut lebih berisiko.

bermula proses pembenihan di Thailand, kemudian diimport ke Malaysia dan 
ditempatkan di kelantan seterusnya dibawa ke Terengganu. pergerakan dari tangan ke tangan sedemikian mempengaruhi harga bagi setiap penjual yang berlainan.




pemilihan spesis ini adalah kerana potensi penghasilan teras berkualiti sekiranya kesesuaian bahan suntikan yang tepat sepertimana Thailand buktikan.

Jumaat, 23 Oktober 2015

gaharu aquilaria crassna

penanaman gaharu kami dari spesis aquilaria crassna telah mencapai ketinggian dan pembesaran yang tidak memerlukan penjagaan dan pemantauan kerap.

anak pokok yang diimport dari negara kemboja (cambodia) ini, dibeli dan ditanam pada usia kurang 8 bulan dengan ketinggian kurang satu kaki.

spesis yang cepat membesar ini lebih tahan lasak (tidak mudah mati) apabila 
berhadapan dengan struktur tanah yang kurang subur dan keras.

gunungcipta memilih dan mengesyorkan aquilaria crassna kerana spesis ini cepat membesar meskipun penghasilan teras yang sederhana sahaja setelah disuntik.




anggaran gaharu crassna mencapai tahap matang dan boleh disuntik adalah sekitar 4 hingga 5 tahun setelah penanaman dibuat.

aquilaria crassna adalah sebahagian dari projek penanaman gaharu kami dalam memenuhi ruang tanah sedia ada bagi matlamat penghasilan damar.  

Ahad, 11 Oktober 2015

masalah serangan serangga pada pokok gaharu

bagi menjawab persoalan en. mohamad, saya dapat gambarkan yang kebun saudara kerap dibersihkan. namun saya tak pasti berkenaan spesis, tinggi dan ukur lilit pembesaran batang pokok gaharu yang diserang itu.

disini, saya syorkan lakukan semburan cecair nutrien pembesaran, yang biasanya berfungsi sebagai baja untuk pokok, mengatasi masalah serangan serangga atau perosak yang boleh terbang dan membantu kepada kekebalan serangan khususnya pada daun.

apabila tanaman ini diserang, biasanya daun mulai kekuningan dan gugur. bagi anak gaharu yang masih kecil, risiko kematian adalah tinggi.

walaupun pucuk baru boleh tumbuh dan membesar semula, namun jika berlaku serangan serangga yang berulang akan menyebabkan anak pokok akan berakhir dengan kematian.

berkenaan dengan kumbang tersebut, adakah saudara pasti, kumbang tersebut membuat lubang pada batang pokok tersebut atau lubang itu sedia ada yang ditumpang.

sekiranya batang pokok tersebut masih kecil dikhuatiri anak gaharu ini tidak dapat hidup lama.

bagi gaharu yang telah hampir matang (mengikut ukuran tertentu) dan boleh disuntik dengan bahan inokulasi, saudara tidak perlu khuatir akan serangan ini. hal ini kerana ketahanan untuk terus hidup adalah tinggi, malah kesan positif menerusi gangguan ini membantu dalam proses kesakitan pokok dalam penghasilan teras secara semula jadi.  


bahan cecair nutrien

pastikan saudara gunakan penyembur yang bersih, bukannya bekas racun. pam racun galas yang telah digunakan adalah berisiko. oleh itu, dapatkan pam baru dan belum pernah digunakan untuk meracun.

dapatkan bahan cecair ini di kedai peladang terdekat dengan tempat saudara, ataupun daripada jurujual baja dan nutrien jenama lain untuk mendapatkan kesan pertumbuhan dan pembesaran gaharu yang hijau dan sihat.

contoh nutrien cecair yang boleh didapati di peladang adalah maxcrop tani, maxcrop proaktif, maxgrow tani dan bahan sokongan lain adalah excel magnesium.

maxrop tani atau dan maxcrop proaktif dicampurkan dengan air mengikut sukatan yang disyorkan. kemudian semburkan pada pucuk, daun, ranting dan batang pokok gaharu.

saudara boleh dapatkan bahan nutrien yang dijual dipasaran dengan menyemak kelebihan berikut:

a) bersifat organik
b) mempunyai unsur antikulat dan anti serangan serangga yang dicampurkan dari herba terpilih.
c) kandungan phosphat
d) dilengkapkan dengan mikrob baik
e) sebagai pencegah kepada kehadiran serangga perosak serta serangan virus
f) dapat menambah daya imunisasi dan rintang serangan dan penyakit.
g) membunuh bakteria tidak baik pada tanaman.
h) berfungsi sebagai perawat pokok yang diserang virus, serangga dan kulat.
i) daya sokongan dan kemampuan kepada antistres kepada tanaman.
j) tambahan kepada galakan pembesaran dan kesuburan tanah.

antara contoh kimia organik bagi mendapatkan pertumbuhan baik tanaman adalah:

a) kalsium kompleks
b) asid amino
c) mempunyai unsur sulfur
d) klorofil
e) betaines
f) cytokinin
g) magnesium
h) bekalan nitrogen

suntikan inokulasi

buat masa ini saya buat suntikan spesis aquilaria hirta sahaja. pokok candan disuntik menggunakan cecair persendirian yang mana masih peringkat ujian.

cecair inokulan ini disesuaikan dengan pokok candan sahaja. lain-lain spesis belum ditentukan lagi. memandangkan ia belum berfakta dan tidak terbukti sepenuhnya lagi, saudara perlu dapatkan bahan inokulasi daripada orang lain terlebih dahulu mengikut kesesuaian jenis aquilaria yang ditanam.

kursus inokulasi

kami daripada candan perdana tidak mengendalikan sebarang kursus pada masa kini. pihak kami hanya berkongsi maklumat dan permasalahan berkaitan gaharu berlandaskan pengalaman diladang dan perolehan maklumat daripada pihak tertentu. 

Sabtu, 10 Oktober 2015

masalah gaharu

didalam pertanian yang melibatkan tanaman gaharu, masalah tanah tidak subur ataupun berasid akan menyebabkan anak pokok berisiko lambat membesar dan lama-kelamaan berkemungkinan mati.

penggunaan baja butir organik diperlukan untuk proses kesuburan disamping 
membuat gemburan dikawasan tanah tersebut.

kesan pemulihan dapat dipastikan apabila belukar liar mulai menguasai kawasan pakis yang dipulihkan itu.

anda memerlukan suatu tempoh masa tertentu bergantung kepada jumlah hujan yang turun di tempat berkenaan. 

semakin kerap pembajaan dibuat , kesuburan tanah menjadi lebih baik. ini akan menggalakan cambahan tumbuhan liar.




dari sini, tanaman gaharu dapat dilaksanakan ditempat tersebut.

Isnin, 5 Oktober 2015

Gaharu Aquilaria Hirta

Pantang terik matahari bagi anak kecil, aquilaria hirta satu spesis gaharu yang 
memerlukan perlindungan dari pancaran terik mentari secara berterusan sehinggalah ianya meninggi dan membesar.

Jika kita lihat didalam hutan, anak gaharu spesis ini dilindungi aquilaria yang 

besar dan tinggi (pokok induk). Ianya tumbuh dibawah ibu candan. 

Ciri-ciri pokok ini adalah daunnya yang lebih lebar membujur berbanding lain-lain spesis 

aquilaria serta berbulu dibawahnya.

Gaharu aquilaria hirta, memerlukan komitmen penjagaan terbaik sebelum dapat berdikari dan mencecah ketinggian matang.





Proses pembesaran yang agak perlahan namun berbaloi dengan kualiti teras yang boleh dihasilkan pada kos minimum. Sebenarnya Malaysia telah lama mengeluarkan damar dari spesis ini.
  Dari zaman Hang Tuah lagi boss.

Isnin, 21 September 2015

Gaharu Aquilaria Subintegra

Gaharu dari spesis aquilaria subintegra yang berasal dari negara jiran Thailand, diperakui tidak sesuai dengan bahan suntikan (inokulasi) tempatan. Sejauhmana kebenaran ini, anda boleh bertanya kepada mereka yang berpengalaman.

Adakah Thailand akan menurunkan ilmu dan bahan mereka, (termasuk teknologi yang mereka ada) dalam penanaman gaharu dari spesis ini (aquilaria subintegra).

Akan tetapi, lambakan anak pokok gaharu dari spesis aquilaria subintegra bersepahan didalam Malaysia.

Kenapa memilih anak pokok luar sedangkan kita mempunyai spesis kita sendiri yang lebih berkualiti dalam menghasilkan teras terbaik.

Aquilaria malacensis menjadi pilihan terkini kerana potensi penghasilan teras hasil suntikan bahan yang dihasilkan dalam malaysia sendiri.

Meskipun aquilaria subintegra cepat membesar namun jaminan dan bukti penghasilan teras berkualiti berada ditangan rakyat Malaysia, adakah fakta ini benar?

Adalah tidak masuk akal jika orang Thailand yang sekian lama meneroka bidang ini telah berjaya, bersetuju memindahkan 100% teknologi mereka kepada kita.

Apapun kita perlu terokai sendiri kesusahan ini bagi mendapat sesuatu yang berharga dan bernilai tinggi dalam industri gaharu.

Sekiranya mereka bersetuju memindahkan cara kejayaan dari spesis aquilaria subintegra ini, sudah tentu bersyarat yang memerlukan suatu kos tertentu yang belum tentu kita dapat penuhi.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita mencari alternatif yang tersendiri bagi menjayakan industri gaharu di Malaysia khususnya dari spesis yang kita ada.  

Namun, diharap mereka membuka peluang dengan berkongsi teknologi untuk kebaikan bersama.

Alternatif membuat teras pohon kayu gaharu hampir tanpa kos (modal efektif)

Bahan inokulasi berbayar dan teknik inducement direka cipta untuk dikomersilkan kepada mereka yang bermodal dan mampu.

Namun tidak semua orang mempunyai modal yang cukup untuk melaksanakan kerja-kerja inokulasi ataupun inducement.

Apakah langkah alternatif kepada mereka yang tidak mampu keluarkan sebahagian duit poket. Disini terdapat beberapa cara ataupun inisiatif sendiri untuk menghasilkan teras pada pohon kayu gaharu.

Dapatkan cara yang betul pada kos paling efektif membuat teras pada dahan dan pohon kayu gaharu hidup khususnya semasa membuat tempahan anak pokok daripada kami.



Datang dan lihat sendiri peralatan yang disediakan kemudian ubahsuai dirumah. Terdapat beberapa cara mudah tanpa kos yang sesuai kepada jenis dan spesis pokok gaharu yang ditanam ataupun pada pohon liar di tempat anda.

Pertanyaan boleh dibuat menerusi SMS di 0189160443 atau menerusi komen blog ini.

Namun kesesuaian spesis belum teruji sepenuhnya. Oleh itu, jaminan hanya kepada spesis candan sahaja.

Jumaat, 1 Mei 2015

Jenis-jenis tanah dan hartanah bagi fungsi mudah untuk dijual

Tanah murah untuk dijual di mudah.com ataupun mudah.my, kini, bersepahan merangkumi jenis-jenis berikut:

a) tanah lot

harga lot tanah ditentukan mengikut nilai semasa, lokasi dan status keluasan bagi saiz tapak rumah yang sesuai dibina.

b) tanah pertanian

biasanya terdiri dari tanaman getah, kelapa sawit, dusun buah-buahan, kawasan sawah dan status kebun.

c) tanah bukit

penjualan tanah tambun, bukit ataupun kawasan pertanian.

d) tanah haram

tanah tanpa geran merupakan rizab kerajaan BUKAN dari kawasan simpanan kekal ataupun taman negara, biasanya penerokaan hutan bekas balak. 

Setiap jenis diatas mempunyai fungsi dan tujuan tersendiri bagi individu ataupun syarikat.


Pembelian bagi mendapatkannya berlandaskan objektif khusus dalam pelaburan masa hadapan ataupun keperluan hidup.


Gaharu


Bagi pembelian tanah bagi tujuan membangunkan ladang gaharu, keluasan satu (1) ekar boleh menampung 1,000 anak pokok sekiranya ukuran jarak sekitar enam (6) kaki.





Pelabur individu hanya memerlukan keluasan sekitar satu (1) hingga tiga (3) ekar sahaja bagi menampung tanaman gaharu mereka.


Manakala harga tanah pertanian terkini (01.05.2015) sekitar RM30,000 hingga RM 100,000 sahaja.


Pelaburan hartanah (tanaman gaharu) sedemikian mempunyai penilaian yang sangat tinggi berbanding pengurusan yang melibatkan status tanah yang lain.


Pengurusan hartanah didalam sektor pertanian gaharu merupakan usaha pembangunan projek tanah yang mudah.


Apabila seseorang individu itu, ingin membeli tanah sudah tentu mempunyai tujuan khusus dan melihat fungsi tanah itu sendiri.


Oleh itu, jenis-jenis tanah perlu diambil kira bagi tujuan tidak bercanggah dengan matlamat asal.


Sekiranya pembelian tanah bagi tujuan tanaman gaharu, adakah faktor bukit, permatang, lembah ataupun kesuburan kawasan itu diambilkira?


Apabila disebut hartanah ataupun harta tanah, ia terdiri dari komersil, bebas, bumiputra (rizab melayu) dan kawasan untuk pertanian sahaja.





Manakala tanah untuk pertanian bertujuan penanaman tanaman sahaja kecuali dilokasi perkampungan.


Serta seperti yang kita sedia maklum, hartanah adalah tanah yang didirikan bangunan, rumah ataupun deretan kedai. Maksud ini adalah dari kefahaman bukannya dari kamus dewan atau wikipedia


Pelaburan diatas memerlukan masa tertentu sebelum mencapai persetujuan antara penjual dan pembeli sekiranya memutuskan untuk dicairkan. 


Isnin, 16 Februari 2015

perbandingan dan perbezaan pelaburan gaharu, emas serta hartanah

perbandingan keuntungan dan perbezaan antara jenis pelaburan diantara komoditi, hartanah dan aset gaharu mempunyai pro kontra tersendiri.

perbezaan disini pula dilihat dari sudut keuntungan nilai dan pulangan modal. manakala komoditi mewakili logam berharga dengan tanah sawit ataupun getah.

hartanah pula sebagai suatu pelaburan bermodal tinggi yang merangkumi bidang perumahan, rumah kedai dan aktiviti ejen tanah.

pembeli tanah persendirian biasanya pengumpul aset, akan tetapi terdapat juga golongan yang menjadikan ia suatu peluang buat duit cara tanam modal kemudian mendapat pendapatan portfolio (memberi sewa) ataupun menjualkannya semula pada harga yang lebih tinggi.

golongan ini adalah penyumbang kepada kenaikan mendadak nilai hartanah, digelar sebagai spekulator yang menyebabkan kemajuan di sesuatu kawasan menjadi gelembung pada masa kurang 10 tahun.

perjalanan menuju ke kejayaan kewangan adalah berliku. orang kaya bertambah harta dan yang miskin bertambah sukar dalam hidup. satu aset pun sukar dimiliki.

kalau dilihat nilai wang sebenar terletak kepada barang-barang makanan, emas, perak, hartanah dan tembaga. bukan lagi duit dan aset kertas.

orang yang kurang mampu, gagal membeli rumah apatah lagi hartanah bandar. jauh sekali projek berstatus mewah. terdapat juga mereka yang tidak boleh membeli lot tanah. bagaimana pulak nak buat penempatan sendiri.

penjawat awam dan kakitangan swasta terbeban dengan potongan bulanan perumahan yang dibuat sebagai persediaan sebelum pencen. berumur 50 tahun bukan lagi sesuai digelar berpencen.

bagi mereka yang berminat dalam pelaburan gaharu, namun tiada tanah pertanian. hartanah jenis ini tidak semahal rumah di kawasan bandar. 

dengan kemudahan kredit dari syarikat kewangan tempatan, kakitangan swasta dan penjawat awam masih mampu membuat potongan. biasanya tanah sebegini terdapat dilokasi pendalaman dan kampung.

emas boleh disandarkan pada bila-bila masa sahaja, bagi mendapatkan tunai manakala anak gaharu perlukan bertahun-tahun sebelum matang.

hartanah pula perlu disiapkan sepenuhnya terlebih dahulu sebelum diiklankan. memerlukan masa untuk dicairkan. begitu juga tanah lot atau pertanian.

tanah pertanian juga memerlukan tempoh tertentu sebelum ada pembeli ataupun diserahkan kepada ejen hartanah yang berhak memiliki 5 hingga 10% hasil dari tolakan (nilai jualan).

ketiga-tiga elemen pelaburan ini dilihat gaharu paling untung. dari nilai RM3 sepokok membawa kepada nilai ringgit 1k (minimum), melebihi 1000% dalam tempoh kurang 10 tahun.

nilai pelaburan keseluruhan gaharu yang meliputi anak pokok, tanah, baja dan masa mengurus adalah sangat menguntungkan, apabila dibandingkan dengan pelabur hartanah lain.

komoditi logam, sawit dan getah masih dibelakang dari sudut keuntungan jangka panjang. sekiranya pokok gaharu berjaya dibesarkan dan dimatangkan semua bentuk pelaburan diatas akan ditulis graf terendah.

kelebihan emas dan perak adalah penurunan dan kenaikan graf teknikal tersebut, ianya menguntungkan kepada mereka yang mempunyai beratus-ratus gram emas. 

oleh itu, kita hanya perlukan kiraan sekolah rendah. jumlah gram emas yang dimiliki, kali dengan (x) kenaikan dalam RM setiap segram.

pendek kata, semua ini adalah lebih baik dari saham kertas yang bersifat luar kawalan kita. atau pelaburan luar yang tidak dikenali yang akhirnya lesap. adakah mereka ini bijak kewangan.

sebelum mendapat keuntungan modal dan pendapatan portfolio dalam pelaburan gaharu, anda sebagai pelabur, boleh mencipta aliran tunai tambahan secara pasif dalam pertanian ini.

sama ada penjualan anak pokok gaharu, baja tanaman ataupun menanam pokok berjangka pendek.

Isnin, 2 Februari 2015

pelaburan dalam industri gaharu

apabila bercakap berkenaan dengan duit, ianya adalah wang fiat. ini bermakna wang yang dicetak mempunyai nilai tertentu dan sentiasa susut dari masa ke semasa.

namun duit ini apabila ditukarkan kepada wang benar seperti emas dan perak nilainya akan meningkat setiap tahun. 

didalam pelaburan gaharu pula, wang fiat itu ditukarkan dengan setiap anak pokok dan ditanam ditanah sendiri.

aktiviti ini membawa kepada nilai pembelian anak pokok gaharu tadi tumbuh membesar mulai ditanam sehinggalah meningkat dewasa.

pembesaran yang mencapai ukur lilit boleh diinokulasi bermakna nilai pembelian diatas telah meningkat secara berganda dengan sendirinya.

inilah yang dipanggil pelaburan yang terjamin dan selamat. pelabur tidak berisiko kepada kehilangan nilai keatas aset mereka.

seperti juga mereka yang menggandakan jumlah gram emas dan perak bagi tujuan keuntungan berganda jangka panjang.

mereka yang bertekad menyimpan wang dalam jangka masa yang lama adalah suatu tindakan yang rugi kerana duit tersebut akan kehilangan nilai.

manakala jika kita memutuskan wang lebihan ditukarkan dengan anak pokok gaharu, ianya akan memberi keuntungan berganda  dalam masa kurang sepuluh tahun.

pelaburan gaharu tidak perlu melihat kepada graf teknikal. hanya dengan pengetahuan yang sedikit diperlukan, nilai wang yang dilaburkan akan meningkat dari masa ke semasa apabila tanaman semakin membesar.

inilah dipanggil pelaburan yang sentiasa meningkat nilai. industri ini lebih cepat menjadi berharga dari membeli emas dan perak yang mana memerlukan modal yang besar bagi mendapatkan jumlah gram maksimum supaya lebih untung.

peningkatan harga barangan keperluan adalah disebabkan sejauh mana kejatuhan nilai wang kertas dunia. manakala sekiranya duit yang ada ataupun modal sedia ada mengikut kemampuan ditukarkan dengan anak gaharu dari masa ke semasa selama bertahun-tahun akan memberi impak nilai yang lebih tinggi dari pelaburan-pelaburan yang lain.

jika dikaji graf teknikal trend kenaikan emas, gaharu akan memberi kenaikan nilai beratus-ratus ganda dalam masa kurang 10 tahun (berdasarkan tempoh pembesaran dan ketinggian anak pokok).

sedangkan pelaburan emas dan perak memerlukan jangka masa yang hampir sama bagi memperolehi keuntungan benar (lebih kurang 500% mengikut 10 tahun sebelum ini).

walaupun pelaburan emas dan perak menguntungkan, namun komoditi ini mempunyai nilai naik dan turun. oleh itu, pelabur profesional akan membuat semakan graf 10 tahun terdahulu, terkini serta meramalkan masa hadapan. inilah yang disebut sebagai pelaburan teknikal.

pelaburan gaharu pula, lebih jelas yang mana pembesaran mengikut masa-masa tertentu bergantung kepada kekerapan kerja pembajaan, penyenggaraan kebun dan jumlah hujan.

kemahiran didalam pelaburan teknikal bagi mendapatkan ketepatan dalam meramal masa hadapan sama ada dalam industri hartanah ataupun komoditi memerlukan suatu kos yang besar jika dibandingkan dengan perladangan gaharu. ini kerana konsep pertanian kecil yang diwar-warkan.   

pembukaan ladang gaharu tidak semestinya pada skala besar. ianya boleh diukur sejauh mana kemampuan dan keupayaan kewangan individu bagi tujuan membangunkan sesuatu lot tanah.

dengan teknologi terkini, risiko didalam penanaman gaharu boleh disifatkan hampir tiada (0%). akan tetapi pelaburan kertas lebih berisiko memandangkan ketidaktentuan ekonomi dunia kini.

sekiranya kita memutuskan untuk menyimpan duit di bank, suatu pilihan yang rugi, ini kerana wang kertas sentiasa merosot nilainya terutama simpanan yang melibatkan puluhan tahun.

pelaburan gaharu disifatkan paling terkawal berbanding melabur dalam aset kertas. hanya dengan pengetahuan yang sedikit sahaja mengenainya, penanam gaharu mendapat kawalan penuh keatas setiap ringgit yang dilaburkan.

kadar faedah simpanan di bank adalah kecil jika dibandingkan dengan tahap penurunan nilai wang fiat pada jangka masa panjang, manakala membeli bon, unit amanah ataupun saham, adalah diluar kawalan pelabur dengan tahap pulangan yang boleh dianggap masih rendah.

sebab itulah saya katakan disini orang yang menyimpan duit dalam jangka masa yang panjang adalah dikalangan mereka yang rugi.

sedangkan wang itu, jika digerakkan dari masa ke semasa akan menghasilkan keuntungan berganda dari nilai pelaburan sebenar yang mana ianya bersifat kawalan penuh oleh individu pelabur.

justeru, adalah wajar penanaman dan pelaburan gaharu merupakan suatu langkah bijak dan terkini yang mampu mengubah kewangan kita kepada lebih baik.

contohnya sepokok anak gaharu berharga RM3, setelah 6 tahun pokok ini membesar pada nilai minima melebihi 1 ribu ringgit. gandaan ini mengatasi lain-lain pelaburan sama ada dana unit amanah, saham, bon dan logam berharga.

berlandaskan fakta diatas, jika penanam membuat tanaman sebanyak 100 pokok, nilai pelaburan sekitar RM 300 (sepokok RM3). setelah 6 tahun, setiap tanaman ini bernilai (minima) satu ribu ringgit. 

kita boleh mengira dengan hanya menggunakan kemahiran matematik sekolah rendah, nilai sebenar apabila dicairkan tanpa melibatkan kiraan rumit.     

Selasa, 13 Januari 2015

Asia Plantation Capital - Agarwood

Aquilaria subintegra dari Thailand




Spesis ini tidak sesuai cecair suntikan lain kecuali yang khusus dari mereka (Thailand) sahaja. Cepat meninggi dan membesar.

Ahad, 4 Januari 2015

Peluang perniagaan pohon kayu gaharu di malaysia

Entri ini adalah hanya dari pemerhatian penulis sahaja. Buat masa ini belum lagi berpengalaman menjalankan perniagaan berkaitan dengan produk berasaskan gaharu. Apa yang boleh digariskan disini adalah penyediaan khidmat dan logistik seperti berikut:

a) biji benih dan anak pokok


Penjualan borong dan runcit anak pokok serta biji benih spesis aquilaria yang mana mereka turut menyediakan servis selepas jualan seperti penghantaran sama ada berbayar ataupun percuma bergantung kepada jumlah tempahan.


Anak pokok gaharu juga boleh diimport dari negara pengeluar seperti thailand, kemboja, india dan vietnam, seterusnya diedarkan kepada peruncit dan peladang.


b) sebagai pengilang


Memproses bahan berasaskan gaharu adalah satu cabang perniagaan baru dalam menghasilkan barang separuh siap ataupun produk penuh.


Antara pasaran yang boleh ditembusi merangkumi market lokal dan global. Contoh produk yang boleh dihasilkan adalah minyak wangi, daun teh herba gaharu, damar tulen dan lain-lain.


c) pengedar dan pengusaha


Terdapat banyak produk dalam memenuhi kehendak dan keperluan didalam industri ini. Antaranya adalah baja nutrien, bahan inokulasi serta peralatannya dan juga perkhidmatan tertentu yang diperlukan dalam perniagaan gaharu.


d) mencipta produk baru


Membina alatan/mesin ataupun mencipta teknik khas dalam kaedah suntikan/inokulasi. Selain dari perkara tersebut, peluang perniagaan adalah mengeluarkan baja khas bagi tanaman pohon kayu gaharu bagi tujuan mendapatkan proses pembesaran yang cepat.


e) perniagaan dan penjualan lot


Penjualan lot tanah yang ditanam dengan pokok gaharu adalah satu produk perniagaan yang kini dibuat oleh GCSB jerteh besut.


Ini merupakan satu kemudahan kepada pelabur kerana kerja-kerja penanaman gaharu tidak diperlukan lagi serta menjimatkan masa mereka.


Perniagaan berasaskan gaharu bukanlah suatu yang baru, negara seperti thailand telah mengeluarkan berbagai-bagai peralatan dari pohon kayu ini bagi dikomersilkan ke seluruh dunia.


Justeru, sama-sama kita melangkah ke arah memajukan industri ini di dalam malaysia dan jadikan perniagaan gaharu sebahagian dari aktiviti ekonomi yang menguntungkan. 


Tambahan pula, pemasaran di dalam perniagaan gaharu semakin hari bertambah nilai dan menjadi peluang yang terbuka luas yang mana akses internet lebih menyeluruh tanpa sempadan.     


Ianya nampak satu cabang perniagaan mudah yang boleh diceburi oleh sesiapa jua.


Jumaat, 12 Disember 2014

Gaharu Technologies, Great Wall of Gopeng, Malaysia


Spesis yang ditanam adalah aquilaria sinensis

untuk pelancongan juga...




terdapat pokok besar untuk dipeluk bagi mendapat tuah..

Rabu, 10 Disember 2014

Anak benih terbaik pokok gaharu malaysia price di terengganu

Penjualan anak pokok gaharu di dalam malaysia ketika ini boleh didapati hampir setiap negeri. Dengan hanya dipaparan halaman enjin pencari dan ruang menulis kata kunci, pendek kata hanya klik semuanya dihujung jari.

Gaharu malaysia price, bergantung kepada ketinggian dan jumlah tempahan. jika modal besar harga dan penghantaran boleh dirunding. Akan tetapi tidak semua dikalangan kita berminat membeli pada skala yang besar. Ini kerana beberapa sebab berikut:

a) bermodal kecil
b) perkara baru dan ingin mencuba
c) membuat penanaman secara kecil-kecilan
d) ruang tanah yang terhad

Bagi masyarakat/komuniti yang tinggal dibandar dan tidak mempunyai tanah, tetapi mempunyai minat dengan industri ini, mereka masih boleh melibatkan diri dengan cara membuat bisnes dalam produk berasaskan gaharu.

Ataupun berulang-alik ke kebun dan kampung asal mereka dalam usaha membangunkan penanaman gaharu.

Lokasi saya sendiri di terengganu, ataupun negeri terdekat adalah kelantan, terdapat banyak penjual biji benih dan anak pokok gaharu dari pelbagai spesis berpotensi. 

Justeru, disini saya turut menawarkan serta menyediakan anak benih pokok gaharu dari beberapa spesis berkualiti termasuk servis menghantar. Dalam pada itu, perkongsian panduan penanaman bagi mendapatkan kesan pertumbuhan dan pembesaran cepat tumbuhan aquilaria turut ditawarkan.

Anak gaharu yang kecil (kurang 1 kaki tinggi) adalah sukar untuk hidup dan membesar tanpa penjagaan terbaik. Terutama jika sentiasa terdedah secara terus dengan cahaya terik matahari tanpa sebarang perlindungan dari pokok besar yang tinggi.




Sekiranya anda sibuk dengan tugasan hakiki lain, sudah pasti penjagaan terbaik  terhadap tanaman gaharu adalah terbatas.

Oleh itu, disini saya sarankan anda membuat tanaman gaharu yang telah mencapai ketinggian lebih daripada 2 kaki tinggi. Dengan cara penanaman terbaik sudah pasti hanya sedikit masa berkualiti diperlukan.

Saya menawarkan anak pokok gaharu yang berketinggian lebih dari 2 kaki pada harga standard (rm10-15). Penghantaran percuma bagi seluruh negeri terengganu.

Kepada mereka yang berminat boleh SMS menerusi talian 01132696630. Kualiti dan pertumbuhan/pembesaran adalah jaminan hampir 100% hidup jika mengikut spesifikasi yang disyorkan. Ini kerana setiap anak pokok yang dijual akan melalui tapisan perkembangan akar serta daya hidup di ladang sebelum dilepaskan kepada pembeli.


Spesifikasi dan cara tanaman yang akan disyorkan bergantung kepada jenis, lokasi dan struktur tanah bagi tujuan pertumbuhan/pembesaran cepat spesis aquilaria ini.

Bagi mereka yang membuat penanaman pada skala besar, dan menggunakan pihak ketiga (pekerja am) kami mempunyai beberapa cadangan dalam usaha mempercepatkan pertumbuhan/pembesaran pokok gaharu di ladang.

Kepada pembaca luar terengganu, anda boleh dapatkan anak pokok gaharu dari pengusaha terdekat dalam malaysia pada harga (price) berlandaskan ketinggian dan persetujuan penjual.

Selasa, 25 November 2014

Harga Anak Pokok Gaharu (aquilaria price) Di Malaysia

Harga anak gaharu (aquilaria price) di dalam malaysia adalah tidak seragam. Ianya bergantung kepada ketinggian pokok, tempat dijual (daerah/negeri) dan penjual.

Penjualan pada harga yang tidak ditentukan (standard) di dalam malaysia dipengaruhi oleh faktor lokasi, berapa kaki tinggi anak pokok dan jumlah pembelian (pukal/runcit).


Harga pukal belian import kurang 1 kaki adalah lebih rendah dari pembelian runcit pada skala kecil. Kadar minima pembelian adalah bergantung kepada penjual dan mempengaruhi servis penghantaran sama ada berbayar atau sebaliknya.


Spesis tawaran tertinggi/terbanyak adalah aquilaria crassna, a. subintegra dan a.malacensis.


contohnya aquilaria subintegra yang mencapai ketinggian 1 kaki adalah rm 5 manakala anak gaharu yang telah mencecah 3' berharga rm15 (kuala terengganu).


Tidak kurang juga nilai ini diukur pada spesis aquilaria crassna yang mana dikira harga standard buat masa ini.





Namun tidak dinafikan sesetengah pengusaha menurunkan harga terendah disebabkan faktor berikut:


a) menarik perhatian bakal pelanggan ataupun  

b) perolehan stok/bekalan anak pokok yang lebih murah
c) membuat semaian sendiri pada kos terendah

Langkah diatas adalah wajar/patut dilakukan oleh pengusaha apabila bersaing dalam industri ini.


Kebiasaan pengusaha anak gaharu meletakkan harga yang sama meskipun berlainan spesis. kelainan nilai price adalah bergantung kepada ketinggian pokok.


Anda yang giat melaksanakan industri ini perlu mencari pembekal gaharu yang boleh menawarkan anak pokok berkualiti pada harga terendah dalam malaysia.


Kebiasaan harga rendah dan penghantaran percuma adalah bagi mereka yang membuat pembelian pada skala besar (harga borong).


Isnin, 17 November 2014

Tanaman anak pokok gaharu aquilaria crassna

Penanaman gaharu dari spesis aquilaria crassna di kebun kami telah mencapai ketinggian dan pembesaran yang tidak memerlukan penjagaan/pemantauan kerap. 

Anak pokok yang diimport menerusi GCSB ini adalah berasal dari negara kemboja (cambodia). Dibeli dan ditanam pada usia lebih kurang8 bulan dengan ketinggian kurang 1 kaki.


Spesis yang cepat membesar ini, tahan lasak (tidak mudah mati) meskipun berhadapan dengan struktur tanah yang kurang subur dan lapisan bawah yang keras.


Gunung Cipta memilih dan mengesyorkan aquilaria crassna kerana spesis ini cepat membesar namun penghasilan resin nanti adalah berkualiti sederhana setelah disuntik (inokulasi).


Anggaran gaharu crassna mencapai tahap matang dan boleh disuntik adalah sekitar 4-5 tahun setelah penanaman dibuat.


Aquilaria crassna adalah sebahagian dari projek gaharu kami dalam memenuhi ruang tanah sedia ada bagi penghasilan damar di malaysia.

Selasa, 14 Oktober 2014

Tanaman anak pokok gaharu aquilaria subintegra

Tanaman anak pokok gaharu dari spesis aquilaria subintegra memerlukan komitmen yang tinggi bagi memastikan peratus kematian dapat dikurangkan sehingga 0%.

Ini disebabkan kita membeli benih anak pokok yang mungkin telah disimpan sekian lama tanpa pertukaran polibeg bersaiz yang lebih besar. Keadaan ini boleh menyebabkan akar tunjang yang membenam ke dalam telah mencapai ke peringkat paling bawah.

Oleh kerana itu, ianya akan menjadi bergulung/melingkar. Peringkat ini biasanya anak pokok gaharu yang ditanam akan mati.

Kelemahan satu lagi adalah pembenihan menerusi teknik tissue culture (satu maklumat yang tidak pasti kebenarannya) yang mana cara ini menghasilkan pokok yang berakar pendek. Ini menyebabkan spesis sedemikian mudah tumbang apabila meninggi khususnya apabila dipukul angin yang kuat.

Penanaman anak gaharu sedemikian di tanah yang lembut lebih berisiko menyebabkan pokok tumbang.

Gaharu aquilaria subintegra bermula pembenihannya dari negara thailand, diimport ke malaysia dan ditempatkan di kelantan, kemudian dibawa ke terengganu.

Pergerakan dari tangan ke tangan sedemikian mempengaruhi harga yang ditentukan oleh penjual.

Simpanan pada jangka masa yang lama memberi keuntungan kepada penjual yang mana anak pokok ini semakin maninggi dan boleh dijual pada harga yang lebih tinggi.

Pemilihan spesis gaharu aquilaria subintegra sangat berpotensi bagi penghasilan teras berkualiti. Fakta ini bukanlah satu yang nyata kerana ramai lagi pelabur masih dalam peringkat percubaan membesarkan anak pokok ini.  

Isnin, 13 Oktober 2014

Harga dalam bisnes anak pokok gaharu (aquilaria price) di malaysia

Harga anak gaharu (aquilaria price) di dalam malaysia adalah tidak seragam. Ianya bergantung kepada ketinggian pokok, tempat dijual (daerah/negeri) dan penjual.

Penjualan pada harga yang tidak ditentukan (standard) di dalam malaysia dipengaruhi oleh faktor lokasi, berapa kaki tinggi anak pokok dan jumlah pembelian (pukal/runcit).

Harga pukal belian import kurang 1 kaki adalah lebih rendah dari pembelian runcit pada skala kecil. Kadar minima pembelian adalah bergantung kepada penjual dan mempengaruhi servis penghantaran sama ada berbayar atau sebaliknya.

Spesis tawaran tertinggi/terbanyak adalah aquilaria crassna, a. subintegra dan a.malacensis.

Contohnya aquilaria subintegra yang mencapai ketinggian 1 kaki adalah rm 5 manakala anak gaharu yang telah mencecah 3' berharga rm15 (kuala terengganu).
Tidak kurang juga nilai ini diukur pada spesis aquilaria crassna yang mana dikira harga standard buat masa ini.

Namun tidak dinafikan sesetengah pengusaha menurunkan harga terendah disebabkan faktor berikut:

a) menarik perhatian bakal pelanggan ataupun
b) perolehan stok/bekalan anak pokok yang lebih murah
c) membuat semaian sendiri pada kos terendah

Langkah diatas adalah wajar/patut dilakukan oleh pengusaha apabila bersaing dalam industri ini.

Kebiasaan pengusaha anak gaharu meletakkan harga yang sama meskipun berlainan spesis. Kelainan nilai price adalah bergantung kepada ketinggian pokok.

Anda yang giat melaksanakan industri ini adalah wajar mencari pembekal gaharu yang boleh menawarkan anak pokok berkualiti pada harga terendah dalam malaysia.

Kebiasaan harga rendah dan penghantaran percuma adalah bagi mereka yang membuat pembelian pada skala besar (harga borong).

Ahad, 12 Oktober 2014

Penggunaan baja terbaik dalam tanaman gaharu di malaysia.

Perkembangan dan pembesaran cepat spesis aquilaria memerlukan sedikit pelaburan tambahan bagi menampung ketidaksuburan tanah ataupun kekurangan nutrien tertentu yang diperlukan oleh anak pokok gaharu.

Dipasaran malaysia terdapat pelbagai jenis baja yang ditawarkan. Semua ini terpulang kepada petani memilih yang terbaik untuk tanaman mereka.

Saranan saya disini dapatkan dan amalkan gaya pertanian mesra alam ataupun hijau dengan membuat pengambilan nutrien organik terbaik.

Masalah biasa dalam tanaman gaharu adalah daun anak pokok yang kekuningan dan seterusnya gugur. Baja organik nutrien jenis cecair adalah terbaik dalam menangani permasalahan sedemikian.

Apa yang perlu diingat disini jangan sesekali menggunakan alatan penyembur baja dari bekas racun. Khaskan alat penyemburan nutrien untuk tanaman gaharu anda.

Anda sebagai petani perlu memahami jenis bahan yang terdapat didalam baja cecair yang dipilih. Amalkan kepelbagaian nutrien organik supaya tanah dan tumbuhan gaharu mendapat keperluan yang cukup untuk pembesaran terbaik.

Ahad, 28 September 2014

Tanaman gaharu terbaik di dalam malaysia

Tanaman gaharu secara kecil-kecilan bermodal rendah adalah cara terbaik bagi petani dalam negeri-negeri di malaysia.

Fakta ini sesuai bagi mereka yang bukan dari kalangan yang berpendapatan tinggi ataupun daripada latar belakang keluarga berada. Tidak juga dikhususkan kepada organisasi dan syarikat yang menjadikan tanaman gaharu sebagai salah satu sektor pelaburan mereka.

Kepada mereka yang bermodal besar dan mampu menjalankan projek gaharu secara skala besar dan luas perlu ada satu cara lain yang lebih praktikal dan efektif bagi memastikan pelaburan jangka panjang ini memberi pulangan yang terbaik.

Tambahan pula aktiviti ekonomi sedemikian memerlukan pihak ketiga (tenaga kerja status kurang mahir) yang perlu dibimbing teknik penanaman berkesan bagi menjamin pertumbuhan dan perkembangan ke arah positif.

Berbalik kepada tajuk utama entri ini, tanaman gaharu yang bermula dengan jumlah kecil akan memberi ruang masa kepada petani membuat penambahbaikan pada setiap anak pokok yang ditanam.

Penambahan anak pokok yang seterusnya dibuat setelah hampir 100% penanaman pertama mulai tumbuh pucuk baru. Perubahan ini ekoran dari perkembangan akar yang terus membenam ke dalam bumi.

Situasi sedemikian menunjukan anak gaharu sudah berdikari dan boleh mencari nutrien didalam tanah. Pertumbuhan tanaman ini berpotensi membesar dan terus meninggi.

Justeru, tanaman tambahan kini boleh dilakukan mengikut cara sebelum ini. Pada peringkat ini petani sudah boleh mencari spesis berlainan yang diakui berkualiti dalam menghasilkan teras terbaik.

Saranan ini adalah terbaik kepada mereka yang baru mencuba, petani yang bermodal rendah dan mereka yang sentiasa sibuk dengan rutin/tugasan harian.

Dalam pemerhatian saya sendiri, terdapat pelbagai spesis aquilaria yang dijual didalam malaysia. Hampir setiap negeri menawarkan biji benih dan anak pokok gaharu berkualiti.