Khamis, 31 Disember 2015

ciri-ciri tanaman lidah buaya

Tanaman lidah buaya yang dibuat dibelakang rumah saya menggunakan nutrien khusus dalam percubaan pertama bagi melihat keberkesanan kesan kecil nutrien.

Lebar menjangkau lebih 5 cm.panjang pula melepasi 18 inci.kesan ini adalah dari penggunaan nutrien dan baja yang diwar-warkan sebelum ini. Maksud saya disini adalah semua ini dengan izin Allah lah ok...


Lebar dan panjang serta ketebalan pokok ini menyumbang kepada pengunaan sebagai alternatif seperti demam biasa kanak-kanak dan selsema.

Sebenarnya semua ini tiada kaitan khusus dengan tanaman gaharu tetapi saya hanya meletakan ia sebagai satu petunjuk kepada keberkesanan nutrien yang digunakan.

Lagipun pokok lidah buaya mudah ditanam meskipun di kawasan tanah berbatuan, keras, berpasir, panas, kering, dan berhujan.






Sabtu, 26 Disember 2015

Gambar dan jenis foto pohon gaharu yang meningkat dewasa

Baru-baru ini saya ada membuat pembersihan dan mengambil gambar tanaman tersebut dengan menggunakan tablet samsung. Disini saya kongsikan bersama saudara.

Antara pohon gaharu yang ditanam dan sedang membesar bagi fasa seterusnya adalah seperti berikut:



Ini merupakan spesis aquilaria subintegra yang berasal dari Thailand.


Aquilaria subintegra lebih cepat membesar dan mudah dijagai meskipun pembiakan dari pembenihan ringkas.

Pembersihan dari masa ke semasa dan pembajaan diperlukan.Persekitaran yang bersih membantu pembentukan kompos semula jadi disamping memudahkan kerja-kerja pembajaan dan penyenggaraan yang perlu.


Penggunaan conlude sebagai penanda pokok adalah langkah pencegahan dari mencederakan ataupun pemusnahan teruk terhadap tanaman semasa kerja-kerja pembersihan. Penggunaan pvc atau jenis plastik sedemikian adalah lebih tahan lama dan tidak mudah mereput.


Gambar dan foto yang dimuatkan adalah dari spesis aquilaria subintegra sahaja manakala lain-lain belum ditunjukan lagi. Termasuk pohon yang telah mencapai tahap boleh disuntik. Yakni telah dewasa. Pada masa akan datang saya akan tunjukan jenis dan pembesarannya sebagai rujukan bagi mereka yang baru mendalami penanaman gaharu.




Rabu, 28 Oktober 2015

gaharu subintegra

tanaman anak pokok gaharu dari spesis aquilaria subintegra memerlukan komitmen yang tinggi bagi memastikan peratus kematian dapat dikurangkan.

menerusi teknik tissue culture (pembenihan khusus) akan membentuk anak pokok yang berakar pendek. ini menyebabkan spesis ini mudah tumbang apabila angin kuat. oleh itu, penanaman ditempat yang bertanah lembut lebih berisiko.

bermula proses pembenihan di Thailand, kemudian diimport ke Malaysia dan 
ditempatkan di kelantan seterusnya dibawa ke Terengganu. pergerakan dari tangan ke tangan sedemikian mempengaruhi harga bagi setiap penjual yang berlainan.




pemilihan spesis ini adalah kerana potensi penghasilan teras berkualiti sekiranya kesesuaian bahan suntikan yang tepat sepertimana Thailand buktikan.

Jumaat, 23 Oktober 2015

gaharu aquilaria crassna

penanaman gaharu kami dari spesis aquilaria crassna telah mencapai ketinggian dan pembesaran yang tidak memerlukan penjagaan dan pemantauan kerap.

anak pokok yang diimport dari negara kemboja (cambodia) ini, dibeli dan ditanam pada usia kurang 8 bulan dengan ketinggian kurang satu kaki.

spesis yang cepat membesar ini lebih tahan lasak (tidak mudah mati) apabila 
berhadapan dengan struktur tanah yang kurang subur dan keras.

gunungcipta memilih dan mengesyorkan aquilaria crassna kerana spesis ini cepat membesar meskipun penghasilan teras yang sederhana sahaja setelah disuntik.




anggaran gaharu crassna mencapai tahap matang dan boleh disuntik adalah sekitar 4 hingga 5 tahun setelah penanaman dibuat.

aquilaria crassna adalah sebahagian dari projek penanaman gaharu kami dalam memenuhi ruang tanah sedia ada bagi matlamat penghasilan damar.  

Khamis, 15 Oktober 2015

harga gaharu saat ini

Dibawah adalah imbasan dari buku keluaran PTS Sdn Bhd cetakan BS Print (M) Sdn Bhd terbitan pertama 2015, bertajuk Rich Dad's guide to becoming rich without cutting up your credit cards, edisi bahasa melayu hasil tulisan Robert T. Kiyosaki pada muka surat 35.

Buku ini memperihalkan berkenaan JEDA MASA yang diperlukan bagi setiap peralihan yang berlaku kepada sesuatu industri. Kaitannya adalah berkenaan tahap penerimaan masyarakat dunia dan perubahan berfikir bagi setiap peralihan zaman. Sebelum sesuatu itu berjaya, ianya menuntut pelaburan ataupun disebut sebagai harga yang perlu dibayar. 

Harga yang dimaksudkan didalam buku ini tidak semestinya menggunakan wang, tetapi melibatkan pelaburan masa, tenaga, pengorbanan, kesanggupan dan lain-lain.

Contohnya, apabila kita membuat sesuatu kesilapan, harganya mungkin perlu dibayar dengan kerugian puluhan ribu ringgit, dikutuk-cerca, dimalukan ataupun dihukum dengan cara yang lain.

Robert T. Kiyosaki antara manusia yang berfikir secara BUKAN KONVENSIONAL dan melihat dunia dari dua sisi ataupun 3 bahagian dari duit syiling yang terdiri dari muka hadapan, bahagian belakang dan di tepinya yang 
diukir atas sebab-sebab tertentu seperti yang disarankan oleh Rich Dad.

Apa yang menjadi perhatian saya adalah beliau membicarakan tentang wang palsu vs wang benar. Didalam pertanian gaharu, saya menggariskan wang benar salah satunya adalah spesis aquilaria yang mana sentiasa meningkat nilai berbanding wang fiat yang disimpan di bank.

Beliau juga membangkitkan masalah inflasi, deflasi, hutang bagus dan kesan negatif kepada sikap menambah liabiliti.

Robert T. Kiyosaki pernah menulis buku bersama Donald J. Trump yang mengetengahkan hal berkenaan golongan pertengahan yang semakin pupus khususnya di Amerika Syarikat.

Berkenaan dengan wujudnya Bank Rizab Amerika, menurut mereka ianya bukanlah sebuah bank, bukan rizab dan bukan dalam hak milik atau kawalan kerajaan Amerika. Ianya milik orang kaya. 



lembaran penuh




Beliau juga membicarakan tentang pelaburan golongan pertengahan yang tiada masa mengurus wang mereka sehingga melabur di luar kawalan. Ingat ladang gaharu juga adalah investment yang perlu dalam kawalan kita.

Ahad, 11 Oktober 2015

masalah serangan serangga pada pokok gaharu

bagi menjawab persoalan en. mohamad, saya dapat gambarkan yang kebun saudara kerap dibersihkan. namun saya tak pasti berkenaan spesis, tinggi dan ukur lilit pembesaran batang pokok gaharu yang diserang itu.

disini, saya syorkan lakukan semburan cecair nutrien pembesaran, yang biasanya berfungsi sebagai baja untuk pokok, mengatasi masalah serangan serangga atau perosak yang boleh terbang dan membantu kepada kekebalan serangan khususnya pada daun.

apabila tanaman ini diserang, biasanya daun mulai kekuningan dan gugur. bagi anak gaharu yang masih kecil, risiko kematian adalah tinggi.

walaupun pucuk baru boleh tumbuh dan membesar semula, namun jika berlaku serangan serangga yang berulang akan menyebabkan anak pokok akan berakhir dengan kematian.

berkenaan dengan kumbang tersebut, adakah saudara pasti, kumbang tersebut membuat lubang pada batang pokok tersebut atau lubang itu sedia ada yang ditumpang.

sekiranya batang pokok tersebut masih kecil dikhuatiri anak gaharu ini tidak dapat hidup lama.

bagi gaharu yang telah hampir matang (mengikut ukuran tertentu) dan boleh disuntik dengan bahan inokulasi, saudara tidak perlu khuatir akan serangan ini. hal ini kerana ketahanan untuk terus hidup adalah tinggi, malah kesan positif menerusi gangguan ini membantu dalam proses kesakitan pokok dalam penghasilan teras secara semula jadi.  


bahan cecair nutrien

pastikan saudara gunakan penyembur yang bersih, bukannya bekas racun. pam racun galas yang telah digunakan adalah berisiko. oleh itu, dapatkan pam baru dan belum pernah digunakan untuk meracun.

dapatkan bahan cecair ini di kedai peladang terdekat dengan tempat saudara, ataupun daripada jurujual baja dan nutrien jenama lain untuk mendapatkan kesan pertumbuhan dan pembesaran gaharu yang hijau dan sihat.

contoh nutrien cecair yang boleh didapati di peladang adalah maxcrop tani, maxcrop proaktif, maxgrow tani dan bahan sokongan lain adalah excel magnesium.

maxrop tani atau dan maxcrop proaktif dicampurkan dengan air mengikut sukatan yang disyorkan. kemudian semburkan pada pucuk, daun, ranting dan batang pokok gaharu.

saudara boleh dapatkan bahan nutrien yang dijual dipasaran dengan menyemak kelebihan berikut:

a) bersifat organik
b) mempunyai unsur antikulat dan anti serangan serangga yang dicampurkan dari herba terpilih.
c) kandungan phosphat
d) dilengkapkan dengan mikrob baik
e) sebagai pencegah kepada kehadiran serangga perosak serta serangan virus
f) dapat menambah daya imunisasi dan rintang serangan dan penyakit.
g) membunuh bakteria tidak baik pada tanaman.
h) berfungsi sebagai perawat pokok yang diserang virus, serangga dan kulat.
i) daya sokongan dan kemampuan kepada antistres kepada tanaman.
j) tambahan kepada galakan pembesaran dan kesuburan tanah.

antara contoh kimia organik bagi mendapatkan pertumbuhan baik tanaman adalah:

a) kalsium kompleks
b) asid amino
c) mempunyai unsur sulfur
d) klorofil
e) betaines
f) cytokinin
g) magnesium
h) bekalan nitrogen

suntikan inokulasi

buat masa ini saya buat suntikan spesis aquilaria hirta sahaja. pokok candan disuntik menggunakan cecair persendirian yang mana masih peringkat ujian.

cecair inokulan ini disesuaikan dengan pokok candan sahaja. lain-lain spesis belum ditentukan lagi. memandangkan ia belum berfakta dan tidak terbukti sepenuhnya lagi, saudara perlu dapatkan bahan inokulasi daripada orang lain terlebih dahulu mengikut kesesuaian jenis aquilaria yang ditanam.

kursus inokulasi

kami daripada candan perdana tidak mengendalikan sebarang kursus pada masa kini. pihak kami hanya berkongsi maklumat dan permasalahan berkaitan gaharu berlandaskan pengalaman diladang dan perolehan maklumat daripada pihak tertentu. 

Sabtu, 10 Oktober 2015

masalah gaharu

didalam pertanian yang melibatkan tanaman gaharu, masalah tanah tidak subur ataupun berasid akan menyebabkan anak pokok berisiko lambat membesar dan lama-kelamaan berkemungkinan mati.

penggunaan baja butir organik diperlukan untuk proses kesuburan disamping 
membuat gemburan dikawasan tanah tersebut.

kesan pemulihan dapat dipastikan apabila belukar liar mulai menguasai kawasan pakis yang dipulihkan itu.

anda memerlukan suatu tempoh masa tertentu bergantung kepada jumlah hujan yang turun di tempat berkenaan. 

semakin kerap pembajaan dibuat , kesuburan tanah menjadi lebih baik. ini akan menggalakan cambahan tumbuhan liar.




dari sini, tanaman gaharu dapat dilaksanakan ditempat tersebut.

Jumaat, 9 Oktober 2015

masalah tanaman gaharu

pertanian gaharu mempunyai beberapa masalah tertentu yang boleh diatasi dan
ditangani. antara yang dikenalpasti adalah struktur liat yang keras.

tanah pertanian gaharu yang akan ataupun sedang dibangunkan berkemungkinan keras, berbatu, berasid, kurang subur dan lain-lain masalah.

bagi tanah liat jenis keras menyebabkan air bertakung dalam tempoh yang 
lama selepas hujan lebat. ini menyebabkan tanaman gaharu berisiko mati 
akibat dari serangan kulat dibahagian akar.

jika anak pokok masih hidup dan tidak diserang kulat, biasanya tumbuhan 
ini tidak meninggi dan membesar. ini kerana perkembangan akarnya yang 
terjejas.




justeru, saya syorkan kepada petani membuat tahap kedalaman ekstra 
(lebar dan dalam) semasa kerja-kerja penanaman dibuat.




sekiranya cara ini membebankan, anda boleh memilih alternatif lain 
seperti membuat tambunan tanah bukit terlebih dahulu sebelum penanaman 
anak gaharu dilaksanakan.

ketinggian tambunan sekitar 1 hingga 2 kaki adalah mencukupi. apabila 
anak gaharu mencapai pembesaran tertentu, sistem akar pokok ini sudah 
kuat dan mampu berkembang jauh kedalam tanah meskipun lapisan dibawah 
bertanah keras.

pemantauan dari masa ke semasa dapat memastikan anak gaharu mulai tumbuh pucuk. ini menandakan pembesaran sedang berlaku dan sistem akarnya sedang membenam ke bumi.

lokasi tanah pertanian gaharu yang berbukit adalah tidak sesuai ditambun. oleh itu, lubang yang luas dan dalam diperlukan bagi mempercepatkan pembesaran anak gaharu yang baru ditanam.

Isnin, 5 Oktober 2015

Gaharu Aquilaria Hirta

Pantang terik matahari bagi anak kecil, aquilaria hirta satu spesis gaharu yang 
memerlukan perlindungan dari pancaran terik mentari secara berterusan sehinggalah ianya meninggi dan membesar.

Jika kita lihat didalam hutan, anak gaharu spesis ini dilindungi aquilaria yang 

besar dan tinggi (pokok induk). Ianya tumbuh dibawah ibu candan. 

Ciri-ciri pokok ini adalah daunnya yang lebih lebar membujur berbanding lain-lain spesis 

aquilaria serta berbulu dibawahnya.

Gaharu aquilaria hirta, memerlukan komitmen penjagaan terbaik sebelum dapat berdikari dan mencecah ketinggian matang.





Proses pembesaran yang agak perlahan namun berbaloi dengan kualiti teras yang boleh dihasilkan pada kos minimum. Sebenarnya Malaysia telah lama mengeluarkan damar dari spesis ini.
  Dari zaman Hang Tuah lagi boss.

Selasa, 29 September 2015

cara penanaman pokok gaharu

Saya perlukan ruang entri disini untuk menjawab soalan saudara, memandangkan ianya agak panjang . Walaupun demikian, saya akan ringkaskan sebaik mungkin. 


Bajet permulaan yang perlu:


Bergantung kepada jumlah anak pokok gaharu yang dibeli, dan kos-kos lain. Harga setiap anak pokok pula mengikut ketinggian dan penjual tempat itu.


Biasanya 1 kaki tinggi hanya sekitar RM 3 hingga 5. Manakala bagi yang mencapai ketinggian 3 kaki ataupun lebih boleh mencecah sehingga RM15. Walau demikian bergantung kepada stok yang ada. 


Terpulang kepada saudara sama ada membuat semaian biji benih sendiri ataupun membeli anak pokok dari polibeg di nurseri terpilih. Sumber tersebut boleh diperolehi dari mereka yang aktif dalam komoditi ini.


Saudara perlu putuskan untuk menanam spesis pilihan berkualiti seperti aquilaria subintegra, a malacensis, a-crassna ataupun a. hirta (candan). Saudara juga boleh mempelbagaikan spesis di tempat yang sama.


Dari sudut kos yang diperlukan, ianya bergantung kepada pilihan saudara . Contohnya saudara mempunyai keluasan 1 ekar tanah, saudara boleh memilih penanaman pada jarak 6'x6', 6'x8' ataupun 8x8 kaki persegi.


Sekiranya saudara memilih 6x6 kaki persegi pada setiap satu anak pokok, ditanah yang berkeluasan satu ekar, ianya boleh menampung sebanyak 1,000 anak pokok gaharu.


Seandainya harga anak pokok yang dibeli RM 3, kos untuk pembelian anak gaharu adalah RM 3,000. Namun, sesuatu projek itu tidak bertepatan dengan jelas akan kos sepatutnya. Ini kerana akan berlaku penggantian 

anak pokok yang mati, penggunaan tenaga buruh, baja, nutrien dan sebagainya.

Bajet permulaan bagi keluasan seekar tanah, TIDAK seperti yang dinyatakan diatas. Disini kos diperlukan dari masa ke semasa bergantung kepada jumlah anak pokok gaharu yang dibeli, penyenggaraan atau kekerapan 

pembajaan dan pembersihan kebun.

Pelaburan gaharu memerlukan modal masa, tenaga dan wang. Inilah harga yang perlu dibayar oleh petani.



Hasil tuaian:


Tempoh tuaian dan hasil bergantung kepada sejauh mana pembesaran batang pokok mengikut ukuran lilitan dengan suntikan (inokulasi) yang dibuat, pemeriksaan dari masa ke semasa bagi menentukan pembentukan teras 

sama ada berjaya dihasilkan atau memerlukan bahan yang sesuai dengan spesis yang ditanam.

Dianggarkan tempoh pembesaran antara 4 hingga 7 tahun selepas penanaman dibuat (bergantung kepada spesis, kekerapan hujan,pembajaan, semburan nutrien dan lain-lain faktor).



Cara penjagaan dan pemantauan:


Tanam dan tinggal adalah pelaburan berisiko. Saudara perlu membuat pemantauan, penjagaan, pembajaan, semburan nutrien, penyenggaraan/pembersihan kawasan dan pemeriksaan anak pokok gaharu dari masa ke semasa. Dalam aktiviti ini TIDAK semestinya dibuat secara berjadual yang konsisten. Pendek kata bergantung kepada 

kelapangan saudara.

Semburan nutrien diperlukan dari masa ke semasa terutamanya apabila berlaku serangan musuh yang merosakan. Biasanya tanda awal adalah kelihatan daun anak gaharu mulai kekuningan. Begitu juga semasa kemarau panjang, boleh menyebabkan tanah kekeringan dalam tempoh yang panjang.


Disyorkan semburan nutrien semasa keadaan kering/cuaca panas manakala pembajaan pada musim hujan.


Gunakan kayu ataupun lain-lain batang sebagai tanda kepada setiap anak gaharu yang masih kecil bagi mengelakkan kerosakan tanaman semasa kerja-kerja pembersihan.



Ancaman pada anak pokok tanaman gaharu:


Anak pokok gaharu memerlukan kelembapan tanah dan nutrien yang mencukupi bagi proses pembesaran, namun pantang kepada takungan air secara berlebihan pada tempoh yang lama selepas hujan. 


Selain itu, tanah yang kering akibat kemarau panjang boleh menyebabkan kematian anak pokok. Disini semburan nutrien yang kerap diperlukan bagi menyelamatkan anak gaharu.



Biar saya jelaskan disini, pokok gaharu tidak dapat hidup di kawasan berikut:


a) kawasan berair

terdapat lopak air selepas hujan yang mana memerlukan tempoh yang panjang sebelum kering dan juga ia tidak sesuai ditanam dikawasan berpaya. Atau saudara perlu membuat tambunan tanah bukit terlebih dahulu.

b) tepian pantai

tepian pantai ataupun kawasan tanah yang mempunyai kandungan pasir yang tinggi.

c) tanah berasid

kadar ph yang tidak sesuai kepada hampir kebanyakan pokok. Tanah yang masam boleh diketahui apabila tumbuhan pakis menguasai persekitaran disitu. Baja organik tertentu boleh digunakan bagi tujuan pemulihan tanah dan kesuburan.

d) ancaman musuh

kulat yang menyerang pada bahagian akar, serangan virus dan serangga.

e) kualiti anak gaharu


semasa proses penanaman, barangkali akar tunjang anak gaharu telah patah, kebarangkalian pokok mati adalah tinggi. Begitu juga anak pokok yang telah disimpan sekian lama sebelum terjual menyebabkan akar tunjang membengkok menyebabkan kemungkinan mati selepas ditanam.




Isnin, 21 September 2015

Gaharu Aquilaria Subintegra

Gaharu dari spesis aquilaria subintegra yang berasal dari negara jiran Thailand, diperakui tidak sesuai dengan bahan suntikan (inokulasi) tempatan. Sejauhmana kebenaran ini, anda boleh bertanya kepada mereka yang berpengalaman.

Adakah Thailand akan menurunkan ilmu dan bahan mereka, (termasuk teknologi yang mereka ada) dalam penanaman gaharu dari spesis ini (aquilaria subintegra).

Akan tetapi, lambakan anak pokok gaharu dari spesis aquilaria subintegra bersepahan didalam Malaysia.

Kenapa memilih anak pokok luar sedangkan kita mempunyai spesis kita sendiri yang lebih berkualiti dalam menghasilkan teras terbaik.

Aquilaria malacensis menjadi pilihan terkini kerana potensi penghasilan teras hasil suntikan bahan yang dihasilkan dalam malaysia sendiri.

Meskipun aquilaria subintegra cepat membesar namun jaminan dan bukti penghasilan teras berkualiti berada ditangan rakyat Malaysia, adakah fakta ini benar?

Adalah tidak masuk akal jika orang Thailand yang sekian lama meneroka bidang ini telah berjaya, bersetuju memindahkan 100% teknologi mereka kepada kita.

Apapun kita perlu terokai sendiri kesusahan ini bagi mendapat sesuatu yang berharga dan bernilai tinggi dalam industri gaharu.

Sekiranya mereka bersetuju memindahkan cara kejayaan dari spesis aquilaria subintegra ini, sudah tentu bersyarat yang memerlukan suatu kos tertentu yang belum tentu kita dapat penuhi.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita mencari alternatif yang tersendiri bagi menjayakan industri gaharu di Malaysia khususnya dari spesis yang kita ada.  

Namun, diharap mereka membuka peluang dengan berkongsi teknologi untuk kebaikan bersama.

Alternatif membuat teras pohon kayu gaharu hampir tanpa kos (modal efektif)

Bahan inokulasi berbayar dan teknik inducement direka cipta untuk dikomersilkan kepada mereka yang bermodal dan mampu.

Namun tidak semua orang mempunyai modal yang cukup untuk melaksanakan kerja-kerja inokulasi ataupun inducement.

Apakah langkah alternatif kepada mereka yang tidak mampu keluarkan sebahagian duit poket. Disini terdapat beberapa cara ataupun inisiatif sendiri untuk menghasilkan teras pada pohon kayu gaharu.

Dapatkan cara yang betul pada kos paling efektif membuat teras pada dahan dan pohon kayu gaharu hidup khususnya semasa membuat tempahan anak pokok daripada kami.



Datang dan lihat sendiri peralatan yang disediakan kemudian ubahsuai dirumah. Terdapat beberapa cara mudah tanpa kos yang sesuai kepada jenis dan spesis pokok gaharu yang ditanam ataupun pada pohon liar di tempat anda.

Pertanyaan boleh dibuat menerusi SMS di 0189160443 atau menerusi komen blog ini.

Namun kesesuaian spesis belum teruji sepenuhnya. Oleh itu, jaminan hanya kepada spesis candan sahaja.

Jumaat, 1 Mei 2015

Jenis-jenis tanah dan hartanah bagi fungsi mudah untuk dijual

Tanah murah untuk dijual di mudah.com ataupun mudah.my, kini, bersepahan merangkumi jenis-jenis berikut:

a) tanah lot

harga lot tanah ditentukan mengikut nilai semasa, lokasi dan status keluasan bagi saiz tapak rumah yang sesuai dibina.

b) tanah pertanian

biasanya terdiri dari tanaman getah, kelapa sawit, dusun buah-buahan, kawasan sawah dan status kebun.

c) tanah bukit

penjualan tanah tambun, bukit ataupun kawasan pertanian.

d) tanah haram

tanah tanpa geran merupakan rizab kerajaan BUKAN dari kawasan simpanan kekal ataupun taman negara, biasanya penerokaan hutan bekas balak. 

Setiap jenis diatas mempunyai fungsi dan tujuan tersendiri bagi individu ataupun syarikat.


Pembelian bagi mendapatkannya berlandaskan objektif khusus dalam pelaburan masa hadapan ataupun keperluan hidup.


Gaharu


Bagi pembelian tanah bagi tujuan membangunkan ladang gaharu, keluasan satu (1) ekar boleh menampung 1,000 anak pokok sekiranya ukuran jarak sekitar enam (6) kaki.





Pelabur individu hanya memerlukan keluasan sekitar satu (1) hingga tiga (3) ekar sahaja bagi menampung tanaman gaharu mereka.


Manakala harga tanah pertanian terkini (01.05.2015) sekitar RM30,000 hingga RM 100,000 sahaja.


Pelaburan hartanah (tanaman gaharu) sedemikian mempunyai penilaian yang sangat tinggi berbanding pengurusan yang melibatkan status tanah yang lain.


Pengurusan hartanah didalam sektor pertanian gaharu merupakan usaha pembangunan projek tanah yang mudah.


Apabila seseorang individu itu, ingin membeli tanah sudah tentu mempunyai tujuan khusus dan melihat fungsi tanah itu sendiri.


Oleh itu, jenis-jenis tanah perlu diambil kira bagi tujuan tidak bercanggah dengan matlamat asal.


Sekiranya pembelian tanah bagi tujuan tanaman gaharu, adakah faktor bukit, permatang, lembah ataupun kesuburan kawasan itu diambilkira?


Apabila disebut hartanah ataupun harta tanah, ia terdiri dari komersil, bebas, bumiputra (rizab melayu) dan kawasan untuk pertanian sahaja.





Manakala tanah untuk pertanian bertujuan penanaman tanaman sahaja kecuali dilokasi perkampungan.


Serta seperti yang kita sedia maklum, hartanah adalah tanah yang didirikan bangunan, rumah ataupun deretan kedai. Maksud ini adalah dari kefahaman bukannya dari kamus dewan atau wikipedia


Pelaburan diatas memerlukan masa tertentu sebelum mencapai persetujuan antara penjual dan pembeli sekiranya memutuskan untuk dicairkan. 


Isnin, 16 Februari 2015

perbandingan dan perbezaan pelaburan gaharu, emas serta hartanah

perbandingan keuntungan dan perbezaan antara jenis pelaburan diantara komoditi, hartanah dan aset gaharu mempunyai pro kontra tersendiri.

perbezaan disini pula dilihat dari sudut keuntungan nilai dan pulangan modal. manakala komoditi mewakili logam berharga dengan tanah sawit ataupun getah.

hartanah pula sebagai suatu pelaburan bermodal tinggi yang merangkumi bidang perumahan, rumah kedai dan aktiviti ejen tanah.

pembeli tanah persendirian biasanya pengumpul aset, akan tetapi terdapat juga golongan yang menjadikan ia suatu peluang buat duit cara tanam modal kemudian mendapat pendapatan portfolio (memberi sewa) ataupun menjualkannya semula pada harga yang lebih tinggi.

golongan ini adalah penyumbang kepada kenaikan mendadak nilai hartanah, digelar sebagai spekulator yang menyebabkan kemajuan di sesuatu kawasan menjadi gelembung pada masa kurang 10 tahun.

perjalanan menuju ke kejayaan kewangan adalah berliku. orang kaya bertambah harta dan yang miskin bertambah sukar dalam hidup. satu aset pun sukar dimiliki.

kalau dilihat nilai wang sebenar terletak kepada barang-barang makanan, emas, perak, hartanah dan tembaga. bukan lagi duit dan aset kertas.

orang yang kurang mampu, gagal membeli rumah apatah lagi hartanah bandar. jauh sekali projek berstatus mewah. terdapat juga mereka yang tidak boleh membeli lot tanah. bagaimana pulak nak buat penempatan sendiri.

penjawat awam dan kakitangan swasta terbeban dengan potongan bulanan perumahan yang dibuat sebagai persediaan sebelum pencen. berumur 50 tahun bukan lagi sesuai digelar berpencen.

bagi mereka yang berminat dalam pelaburan gaharu, namun tiada tanah pertanian. hartanah jenis ini tidak semahal rumah di kawasan bandar. 

dengan kemudahan kredit dari syarikat kewangan tempatan, kakitangan swasta dan penjawat awam masih mampu membuat potongan. biasanya tanah sebegini terdapat dilokasi pendalaman dan kampung.

emas boleh disandarkan pada bila-bila masa sahaja, bagi mendapatkan tunai manakala anak gaharu perlukan bertahun-tahun sebelum matang.

hartanah pula perlu disiapkan sepenuhnya terlebih dahulu sebelum diiklankan. memerlukan masa untuk dicairkan. begitu juga tanah lot atau pertanian.

tanah pertanian juga memerlukan tempoh tertentu sebelum ada pembeli ataupun diserahkan kepada ejen hartanah yang berhak memiliki 5 hingga 10% hasil dari tolakan (nilai jualan).

ketiga-tiga elemen pelaburan ini dilihat gaharu paling untung. dari nilai RM3 sepokok membawa kepada nilai ringgit 1k (minimum), melebihi 1000% dalam tempoh kurang 10 tahun.

nilai pelaburan keseluruhan gaharu yang meliputi anak pokok, tanah, baja dan masa mengurus adalah sangat menguntungkan, apabila dibandingkan dengan pelabur hartanah lain.

komoditi logam, sawit dan getah masih dibelakang dari sudut keuntungan jangka panjang. sekiranya pokok gaharu berjaya dibesarkan dan dimatangkan semua bentuk pelaburan diatas akan ditulis graf terendah.

kelebihan emas dan perak adalah penurunan dan kenaikan graf teknikal tersebut, ianya menguntungkan kepada mereka yang mempunyai beratus-ratus gram emas. 

oleh itu, kita hanya perlukan kiraan sekolah rendah. jumlah gram emas yang dimiliki, kali dengan (x) kenaikan dalam RM setiap segram.

pendek kata, semua ini adalah lebih baik dari saham kertas yang bersifat luar kawalan kita. atau pelaburan luar yang tidak dikenali yang akhirnya lesap. adakah mereka ini bijak kewangan.

sebelum mendapat keuntungan modal dan pendapatan portfolio dalam pelaburan gaharu, anda sebagai pelabur, boleh mencipta aliran tunai tambahan secara pasif dalam pertanian ini.

sama ada penjualan anak pokok gaharu, baja tanaman ataupun menanam pokok berjangka pendek.

Isnin, 2 Februari 2015

pelaburan dalam industri gaharu

apabila bercakap berkenaan dengan duit, ianya adalah wang fiat. ini bermakna wang yang dicetak mempunyai nilai tertentu dan sentiasa susut dari masa ke semasa.

namun duit ini apabila ditukarkan kepada wang benar seperti emas dan perak nilainya akan meningkat setiap tahun. 

didalam pelaburan gaharu pula, wang fiat itu ditukarkan dengan setiap anak pokok dan ditanam ditanah sendiri.

aktiviti ini membawa kepada nilai pembelian anak pokok gaharu tadi tumbuh membesar mulai ditanam sehinggalah meningkat dewasa.

pembesaran yang mencapai ukur lilit boleh diinokulasi bermakna nilai pembelian diatas telah meningkat secara berganda dengan sendirinya.

inilah yang dipanggil pelaburan yang terjamin dan selamat. pelabur tidak berisiko kepada kehilangan nilai keatas aset mereka.

seperti juga mereka yang menggandakan jumlah gram emas dan perak bagi tujuan keuntungan berganda jangka panjang.

mereka yang bertekad menyimpan wang dalam jangka masa yang lama adalah suatu tindakan yang rugi kerana duit tersebut akan kehilangan nilai.

manakala jika kita memutuskan wang lebihan ditukarkan dengan anak pokok gaharu, ianya akan memberi keuntungan berganda  dalam masa kurang sepuluh tahun.

pelaburan gaharu tidak perlu melihat kepada graf teknikal. hanya dengan pengetahuan yang sedikit diperlukan, nilai wang yang dilaburkan akan meningkat dari masa ke semasa apabila tanaman semakin membesar.

inilah dipanggil pelaburan yang sentiasa meningkat nilai. industri ini lebih cepat menjadi berharga dari membeli emas dan perak yang mana memerlukan modal yang besar bagi mendapatkan jumlah gram maksimum supaya lebih untung.

peningkatan harga barangan keperluan adalah disebabkan sejauh mana kejatuhan nilai wang kertas dunia. manakala sekiranya duit yang ada ataupun modal sedia ada mengikut kemampuan ditukarkan dengan anak gaharu dari masa ke semasa selama bertahun-tahun akan memberi impak nilai yang lebih tinggi dari pelaburan-pelaburan yang lain.

jika dikaji graf teknikal trend kenaikan emas, gaharu akan memberi kenaikan nilai beratus-ratus ganda dalam masa kurang 10 tahun (berdasarkan tempoh pembesaran dan ketinggian anak pokok).

sedangkan pelaburan emas dan perak memerlukan jangka masa yang hampir sama bagi memperolehi keuntungan benar (lebih kurang 500% mengikut 10 tahun sebelum ini).

walaupun pelaburan emas dan perak menguntungkan, namun komoditi ini mempunyai nilai naik dan turun. oleh itu, pelabur profesional akan membuat semakan graf 10 tahun terdahulu, terkini serta meramalkan masa hadapan. inilah yang disebut sebagai pelaburan teknikal.

pelaburan gaharu pula, lebih jelas yang mana pembesaran mengikut masa-masa tertentu bergantung kepada kekerapan kerja pembajaan, penyenggaraan kebun dan jumlah hujan.

kemahiran didalam pelaburan teknikal bagi mendapatkan ketepatan dalam meramal masa hadapan sama ada dalam industri hartanah ataupun komoditi memerlukan suatu kos yang besar jika dibandingkan dengan perladangan gaharu. ini kerana konsep pertanian kecil yang diwar-warkan.   

pembukaan ladang gaharu tidak semestinya pada skala besar. ianya boleh diukur sejauh mana kemampuan dan keupayaan kewangan individu bagi tujuan membangunkan sesuatu lot tanah.

dengan teknologi terkini, risiko didalam penanaman gaharu boleh disifatkan hampir tiada (0%). akan tetapi pelaburan kertas lebih berisiko memandangkan ketidaktentuan ekonomi dunia kini.

sekiranya kita memutuskan untuk menyimpan duit di bank, suatu pilihan yang rugi, ini kerana wang kertas sentiasa merosot nilainya terutama simpanan yang melibatkan puluhan tahun.

pelaburan gaharu disifatkan paling terkawal berbanding melabur dalam aset kertas. hanya dengan pengetahuan yang sedikit sahaja mengenainya, penanam gaharu mendapat kawalan penuh keatas setiap ringgit yang dilaburkan.

kadar faedah simpanan di bank adalah kecil jika dibandingkan dengan tahap penurunan nilai wang fiat pada jangka masa panjang, manakala membeli bon, unit amanah ataupun saham, adalah diluar kawalan pelabur dengan tahap pulangan yang boleh dianggap masih rendah.

sebab itulah saya katakan disini orang yang menyimpan duit dalam jangka masa yang panjang adalah dikalangan mereka yang rugi.

sedangkan wang itu, jika digerakkan dari masa ke semasa akan menghasilkan keuntungan berganda dari nilai pelaburan sebenar yang mana ianya bersifat kawalan penuh oleh individu pelabur.

justeru, adalah wajar penanaman dan pelaburan gaharu merupakan suatu langkah bijak dan terkini yang mampu mengubah kewangan kita kepada lebih baik.

contohnya sepokok anak gaharu berharga RM3, setelah 6 tahun pokok ini membesar pada nilai minima melebihi 1 ribu ringgit. gandaan ini mengatasi lain-lain pelaburan sama ada dana unit amanah, saham, bon dan logam berharga.

berlandaskan fakta diatas, jika penanam membuat tanaman sebanyak 100 pokok, nilai pelaburan sekitar RM 300 (sepokok RM3). setelah 6 tahun, setiap tanaman ini bernilai (minima) satu ribu ringgit. 

kita boleh mengira dengan hanya menggunakan kemahiran matematik sekolah rendah, nilai sebenar apabila dicairkan tanpa melibatkan kiraan rumit.     

Selasa, 13 Januari 2015

Asia Plantation Capital - Agarwood

Aquilaria subintegra dari Thailand




Spesis ini tidak sesuai cecair suntikan lain kecuali yang khusus dari mereka (Thailand) sahaja. Cepat meninggi dan membesar.

Ahad, 4 Januari 2015

Peluang perniagaan pohon kayu gaharu di malaysia

Entri ini adalah hanya dari pemerhatian penulis sahaja. Buat masa ini belum lagi berpengalaman menjalankan perniagaan berkaitan dengan produk berasaskan gaharu. Apa yang boleh digariskan disini adalah penyediaan khidmat dan logistik seperti berikut:

a) biji benih dan anak pokok


Penjualan borong dan runcit anak pokok serta biji benih spesis aquilaria yang mana mereka turut menyediakan servis selepas jualan seperti penghantaran sama ada berbayar ataupun percuma bergantung kepada jumlah tempahan.


Anak pokok gaharu juga boleh diimport dari negara pengeluar seperti thailand, kemboja, india dan vietnam, seterusnya diedarkan kepada peruncit dan peladang.


b) sebagai pengilang


Memproses bahan berasaskan gaharu adalah satu cabang perniagaan baru dalam menghasilkan barang separuh siap ataupun produk penuh.


Antara pasaran yang boleh ditembusi merangkumi market lokal dan global. Contoh produk yang boleh dihasilkan adalah minyak wangi, daun teh herba gaharu, damar tulen dan lain-lain.


c) pengedar dan pengusaha


Terdapat banyak produk dalam memenuhi kehendak dan keperluan didalam industri ini. Antaranya adalah baja nutrien, bahan inokulasi serta peralatannya dan juga perkhidmatan tertentu yang diperlukan dalam perniagaan gaharu.


d) mencipta produk baru


Membina alatan/mesin ataupun mencipta teknik khas dalam kaedah suntikan/inokulasi. Selain dari perkara tersebut, peluang perniagaan adalah mengeluarkan baja khas bagi tanaman pohon kayu gaharu bagi tujuan mendapatkan proses pembesaran yang cepat.


e) perniagaan dan penjualan lot


Penjualan lot tanah yang ditanam dengan pokok gaharu adalah satu produk perniagaan yang kini dibuat oleh GCSB jerteh besut.


Ini merupakan satu kemudahan kepada pelabur kerana kerja-kerja penanaman gaharu tidak diperlukan lagi serta menjimatkan masa mereka.


Perniagaan berasaskan gaharu bukanlah suatu yang baru, negara seperti thailand telah mengeluarkan berbagai-bagai peralatan dari pohon kayu ini bagi dikomersilkan ke seluruh dunia.


Justeru, sama-sama kita melangkah ke arah memajukan industri ini di dalam malaysia dan jadikan perniagaan gaharu sebahagian dari aktiviti ekonomi yang menguntungkan. 


Tambahan pula, pemasaran di dalam perniagaan gaharu semakin hari bertambah nilai dan menjadi peluang yang terbuka luas yang mana akses internet lebih menyeluruh tanpa sempadan.     


Ianya nampak satu cabang perniagaan mudah yang boleh diceburi oleh sesiapa jua.