Jumaat, 9 Oktober 2015

masalah tanaman gaharu

pertanian gaharu mempunyai beberapa masalah tertentu yang boleh diatasi dan
ditangani. antara yang dikenalpasti adalah struktur liat yang keras.

tanah pertanian gaharu yang akan ataupun sedang dibangunkan berkemungkinan keras, berbatu, berasid, kurang subur dan lain-lain masalah.

bagi tanah liat jenis keras menyebabkan air bertakung dalam tempoh yang 
lama selepas hujan lebat. ini menyebabkan tanaman gaharu berisiko mati 
akibat dari serangan kulat dibahagian akar.

jika anak pokok masih hidup dan tidak diserang kulat, biasanya tumbuhan 
ini tidak meninggi dan membesar. ini kerana perkembangan akarnya yang 
terjejas.




justeru, saya syorkan kepada petani membuat tahap kedalaman ekstra 
(lebar dan dalam) semasa kerja-kerja penanaman dibuat.




sekiranya cara ini membebankan, anda boleh memilih alternatif lain 
seperti membuat tambunan tanah bukit terlebih dahulu sebelum penanaman 
anak gaharu dilaksanakan.

ketinggian tambunan sekitar 1 hingga 2 kaki adalah mencukupi. apabila 
anak gaharu mencapai pembesaran tertentu, sistem akar pokok ini sudah 
kuat dan mampu berkembang jauh kedalam tanah meskipun lapisan dibawah 
bertanah keras.

pemantauan dari masa ke semasa dapat memastikan anak gaharu mulai tumbuh pucuk. ini menandakan pembesaran sedang berlaku dan sistem akarnya sedang membenam ke bumi.

lokasi tanah pertanian gaharu yang berbukit adalah tidak sesuai ditambun. oleh itu, lubang yang luas dan dalam diperlukan bagi mempercepatkan pembesaran anak gaharu yang baru ditanam.

Tiada ulasan: