Khamis, 15 Oktober 2015

harga gaharu saat ini

Dibawah adalah imbasan dari buku keluaran PTS Sdn Bhd cetakan BS Print (M) Sdn Bhd terbitan pertama 2015, bertajuk Rich Dad's guide to becoming rich without cutting up your credit cards, edisi bahasa melayu hasil tulisan Robert T. Kiyosaki pada muka surat 35.

Buku ini memperihalkan berkenaan JEDA MASA yang diperlukan bagi setiap peralihan yang berlaku kepada sesuatu industri. Kaitannya adalah berkenaan tahap penerimaan masyarakat dunia dan perubahan berfikir bagi setiap peralihan zaman. Sebelum sesuatu itu berjaya, ianya menuntut pelaburan ataupun disebut sebagai harga yang perlu dibayar. 

Harga yang dimaksudkan didalam buku ini tidak semestinya menggunakan wang, tetapi melibatkan pelaburan masa, tenaga, pengorbanan, kesanggupan dan lain-lain.

Contohnya, apabila kita membuat sesuatu kesilapan, harganya mungkin perlu dibayar dengan kerugian puluhan ribu ringgit, dikutuk-cerca, dimalukan ataupun dihukum dengan cara yang lain.

Robert T. Kiyosaki antara manusia yang berfikir secara BUKAN KONVENSIONAL dan melihat dunia dari dua sisi ataupun 3 bahagian dari duit syiling yang terdiri dari muka hadapan, bahagian belakang dan di tepinya yang 
diukir atas sebab-sebab tertentu seperti yang disarankan oleh Rich Dad.

Apa yang menjadi perhatian saya adalah beliau membicarakan tentang wang palsu vs wang benar. Didalam pertanian gaharu, saya menggariskan wang benar salah satunya adalah spesis aquilaria yang mana sentiasa meningkat nilai berbanding wang fiat yang disimpan di bank.

Beliau juga membangkitkan masalah inflasi, deflasi, hutang bagus dan kesan negatif kepada sikap menambah liabiliti.

Robert T. Kiyosaki pernah menulis buku bersama Donald J. Trump yang mengetengahkan hal berkenaan golongan pertengahan yang semakin pupus khususnya di Amerika Syarikat.

Berkenaan dengan wujudnya Bank Rizab Amerika, menurut mereka ianya bukanlah sebuah bank, bukan rizab dan bukan dalam hak milik atau kawalan kerajaan Amerika. Ianya milik orang kaya. 



lembaran penuh




Beliau juga membicarakan tentang pelaburan golongan pertengahan yang tiada masa mengurus wang mereka sehingga melabur di luar kawalan. Ingat ladang gaharu juga adalah investment yang perlu dalam kawalan kita.

Tiada ulasan: