Memaparkan catatan dengan label pertanian gaharu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pertanian gaharu. Papar semua catatan

Rabu, 28 Oktober 2015

gaharu subintegra

tanaman anak pokok gaharu dari spesis aquilaria subintegra memerlukan komitmen yang tinggi bagi memastikan peratus kematian dapat dikurangkan.

menerusi teknik tissue culture (pembenihan khusus) akan membentuk anak pokok yang berakar pendek. ini menyebabkan spesis ini mudah tumbang apabila angin kuat. oleh itu, penanaman ditempat yang bertanah lembut lebih berisiko.

bermula proses pembenihan di Thailand, kemudian diimport ke Malaysia dan 
ditempatkan di kelantan seterusnya dibawa ke Terengganu. pergerakan dari tangan ke tangan sedemikian mempengaruhi harga bagi setiap penjual yang berlainan.




pemilihan spesis ini adalah kerana potensi penghasilan teras berkualiti sekiranya kesesuaian bahan suntikan yang tepat sepertimana Thailand buktikan.

Jumaat, 23 Oktober 2015

gaharu aquilaria crassna

penanaman gaharu kami dari spesis aquilaria crassna telah mencapai ketinggian dan pembesaran yang tidak memerlukan penjagaan dan pemantauan kerap.

anak pokok yang diimport dari negara kemboja (cambodia) ini, dibeli dan ditanam pada usia kurang 8 bulan dengan ketinggian kurang satu kaki.

spesis yang cepat membesar ini lebih tahan lasak (tidak mudah mati) apabila 
berhadapan dengan struktur tanah yang kurang subur dan keras.

gunungcipta memilih dan mengesyorkan aquilaria crassna kerana spesis ini cepat membesar meskipun penghasilan teras yang sederhana sahaja setelah disuntik.




anggaran gaharu crassna mencapai tahap matang dan boleh disuntik adalah sekitar 4 hingga 5 tahun setelah penanaman dibuat.

aquilaria crassna adalah sebahagian dari projek penanaman gaharu kami dalam memenuhi ruang tanah sedia ada bagi matlamat penghasilan damar.  

Sabtu, 10 Oktober 2015

masalah gaharu

didalam pertanian yang melibatkan tanaman gaharu, masalah tanah tidak subur ataupun berasid akan menyebabkan anak pokok berisiko lambat membesar dan lama-kelamaan berkemungkinan mati.

penggunaan baja butir organik diperlukan untuk proses kesuburan disamping 
membuat gemburan dikawasan tanah tersebut.

kesan pemulihan dapat dipastikan apabila belukar liar mulai menguasai kawasan pakis yang dipulihkan itu.

anda memerlukan suatu tempoh masa tertentu bergantung kepada jumlah hujan yang turun di tempat berkenaan. 

semakin kerap pembajaan dibuat , kesuburan tanah menjadi lebih baik. ini akan menggalakan cambahan tumbuhan liar.




dari sini, tanaman gaharu dapat dilaksanakan ditempat tersebut.

Jumaat, 9 Oktober 2015

masalah tanaman gaharu

pertanian gaharu mempunyai beberapa masalah tertentu yang boleh diatasi dan
ditangani. antara yang dikenalpasti adalah struktur liat yang keras.

tanah pertanian gaharu yang akan ataupun sedang dibangunkan berkemungkinan keras, berbatu, berasid, kurang subur dan lain-lain masalah.

bagi tanah liat jenis keras menyebabkan air bertakung dalam tempoh yang 
lama selepas hujan lebat. ini menyebabkan tanaman gaharu berisiko mati 
akibat dari serangan kulat dibahagian akar.

jika anak pokok masih hidup dan tidak diserang kulat, biasanya tumbuhan 
ini tidak meninggi dan membesar. ini kerana perkembangan akarnya yang 
terjejas.




justeru, saya syorkan kepada petani membuat tahap kedalaman ekstra 
(lebar dan dalam) semasa kerja-kerja penanaman dibuat.




sekiranya cara ini membebankan, anda boleh memilih alternatif lain 
seperti membuat tambunan tanah bukit terlebih dahulu sebelum penanaman 
anak gaharu dilaksanakan.

ketinggian tambunan sekitar 1 hingga 2 kaki adalah mencukupi. apabila 
anak gaharu mencapai pembesaran tertentu, sistem akar pokok ini sudah 
kuat dan mampu berkembang jauh kedalam tanah meskipun lapisan dibawah 
bertanah keras.

pemantauan dari masa ke semasa dapat memastikan anak gaharu mulai tumbuh pucuk. ini menandakan pembesaran sedang berlaku dan sistem akarnya sedang membenam ke bumi.

lokasi tanah pertanian gaharu yang berbukit adalah tidak sesuai ditambun. oleh itu, lubang yang luas dan dalam diperlukan bagi mempercepatkan pembesaran anak gaharu yang baru ditanam.

Isnin, 5 Oktober 2015

Gaharu Aquilaria Hirta

Pantang terik matahari bagi anak kecil, aquilaria hirta satu spesis gaharu yang 
memerlukan perlindungan dari pancaran terik mentari secara berterusan sehinggalah ianya meninggi dan membesar.

Jika kita lihat didalam hutan, anak gaharu spesis ini dilindungi aquilaria yang 

besar dan tinggi (pokok induk). Ianya tumbuh dibawah ibu candan. 

Ciri-ciri pokok ini adalah daunnya yang lebih lebar membujur berbanding lain-lain spesis 

aquilaria serta berbulu dibawahnya.

Gaharu aquilaria hirta, memerlukan komitmen penjagaan terbaik sebelum dapat berdikari dan mencecah ketinggian matang.





Proses pembesaran yang agak perlahan namun berbaloi dengan kualiti teras yang boleh dihasilkan pada kos minimum. Sebenarnya Malaysia telah lama mengeluarkan damar dari spesis ini.
  Dari zaman Hang Tuah lagi boss.

Isnin, 16 Februari 2015

perbandingan dan perbezaan pelaburan gaharu, emas serta hartanah

perbandingan keuntungan dan perbezaan antara jenis pelaburan diantara komoditi, hartanah dan aset gaharu mempunyai pro kontra tersendiri.

perbezaan disini pula dilihat dari sudut keuntungan nilai dan pulangan modal. manakala komoditi mewakili logam berharga dengan tanah sawit ataupun getah.

hartanah pula sebagai suatu pelaburan bermodal tinggi yang merangkumi bidang perumahan, rumah kedai dan aktiviti ejen tanah.

pembeli tanah persendirian biasanya pengumpul aset, akan tetapi terdapat juga golongan yang menjadikan ia suatu peluang buat duit cara tanam modal kemudian mendapat pendapatan portfolio (memberi sewa) ataupun menjualkannya semula pada harga yang lebih tinggi.

golongan ini adalah penyumbang kepada kenaikan mendadak nilai hartanah, digelar sebagai spekulator yang menyebabkan kemajuan di sesuatu kawasan menjadi gelembung pada masa kurang 10 tahun.

perjalanan menuju ke kejayaan kewangan adalah berliku. orang kaya bertambah harta dan yang miskin bertambah sukar dalam hidup. satu aset pun sukar dimiliki.

kalau dilihat nilai wang sebenar terletak kepada barang-barang makanan, emas, perak, hartanah dan tembaga. bukan lagi duit dan aset kertas.

orang yang kurang mampu, gagal membeli rumah apatah lagi hartanah bandar. jauh sekali projek berstatus mewah. terdapat juga mereka yang tidak boleh membeli lot tanah. bagaimana pulak nak buat penempatan sendiri.

penjawat awam dan kakitangan swasta terbeban dengan potongan bulanan perumahan yang dibuat sebagai persediaan sebelum pencen. berumur 50 tahun bukan lagi sesuai digelar berpencen.

bagi mereka yang berminat dalam pelaburan gaharu, namun tiada tanah pertanian. hartanah jenis ini tidak semahal rumah di kawasan bandar. 

dengan kemudahan kredit dari syarikat kewangan tempatan, kakitangan swasta dan penjawat awam masih mampu membuat potongan. biasanya tanah sebegini terdapat dilokasi pendalaman dan kampung.

emas boleh disandarkan pada bila-bila masa sahaja, bagi mendapatkan tunai manakala anak gaharu perlukan bertahun-tahun sebelum matang.

hartanah pula perlu disiapkan sepenuhnya terlebih dahulu sebelum diiklankan. memerlukan masa untuk dicairkan. begitu juga tanah lot atau pertanian.

tanah pertanian juga memerlukan tempoh tertentu sebelum ada pembeli ataupun diserahkan kepada ejen hartanah yang berhak memiliki 5 hingga 10% hasil dari tolakan (nilai jualan).

ketiga-tiga elemen pelaburan ini dilihat gaharu paling untung. dari nilai RM3 sepokok membawa kepada nilai ringgit 1k (minimum), melebihi 1000% dalam tempoh kurang 10 tahun.

nilai pelaburan keseluruhan gaharu yang meliputi anak pokok, tanah, baja dan masa mengurus adalah sangat menguntungkan, apabila dibandingkan dengan pelabur hartanah lain.

komoditi logam, sawit dan getah masih dibelakang dari sudut keuntungan jangka panjang. sekiranya pokok gaharu berjaya dibesarkan dan dimatangkan semua bentuk pelaburan diatas akan ditulis graf terendah.

kelebihan emas dan perak adalah penurunan dan kenaikan graf teknikal tersebut, ianya menguntungkan kepada mereka yang mempunyai beratus-ratus gram emas. 

oleh itu, kita hanya perlukan kiraan sekolah rendah. jumlah gram emas yang dimiliki, kali dengan (x) kenaikan dalam RM setiap segram.

pendek kata, semua ini adalah lebih baik dari saham kertas yang bersifat luar kawalan kita. atau pelaburan luar yang tidak dikenali yang akhirnya lesap. adakah mereka ini bijak kewangan.

sebelum mendapat keuntungan modal dan pendapatan portfolio dalam pelaburan gaharu, anda sebagai pelabur, boleh mencipta aliran tunai tambahan secara pasif dalam pertanian ini.

sama ada penjualan anak pokok gaharu, baja tanaman ataupun menanam pokok berjangka pendek.

Isnin, 2 Februari 2015

pelaburan dalam industri gaharu

apabila bercakap berkenaan dengan duit, ianya adalah wang fiat. ini bermakna wang yang dicetak mempunyai nilai tertentu dan sentiasa susut dari masa ke semasa.

namun duit ini apabila ditukarkan kepada wang benar seperti emas dan perak nilainya akan meningkat setiap tahun. 

didalam pelaburan gaharu pula, wang fiat itu ditukarkan dengan setiap anak pokok dan ditanam ditanah sendiri.

aktiviti ini membawa kepada nilai pembelian anak pokok gaharu tadi tumbuh membesar mulai ditanam sehinggalah meningkat dewasa.

pembesaran yang mencapai ukur lilit boleh diinokulasi bermakna nilai pembelian diatas telah meningkat secara berganda dengan sendirinya.

inilah yang dipanggil pelaburan yang terjamin dan selamat. pelabur tidak berisiko kepada kehilangan nilai keatas aset mereka.

seperti juga mereka yang menggandakan jumlah gram emas dan perak bagi tujuan keuntungan berganda jangka panjang.

mereka yang bertekad menyimpan wang dalam jangka masa yang lama adalah suatu tindakan yang rugi kerana duit tersebut akan kehilangan nilai.

manakala jika kita memutuskan wang lebihan ditukarkan dengan anak pokok gaharu, ianya akan memberi keuntungan berganda  dalam masa kurang sepuluh tahun.

pelaburan gaharu tidak perlu melihat kepada graf teknikal. hanya dengan pengetahuan yang sedikit diperlukan, nilai wang yang dilaburkan akan meningkat dari masa ke semasa apabila tanaman semakin membesar.

inilah dipanggil pelaburan yang sentiasa meningkat nilai. industri ini lebih cepat menjadi berharga dari membeli emas dan perak yang mana memerlukan modal yang besar bagi mendapatkan jumlah gram maksimum supaya lebih untung.

peningkatan harga barangan keperluan adalah disebabkan sejauh mana kejatuhan nilai wang kertas dunia. manakala sekiranya duit yang ada ataupun modal sedia ada mengikut kemampuan ditukarkan dengan anak gaharu dari masa ke semasa selama bertahun-tahun akan memberi impak nilai yang lebih tinggi dari pelaburan-pelaburan yang lain.

jika dikaji graf teknikal trend kenaikan emas, gaharu akan memberi kenaikan nilai beratus-ratus ganda dalam masa kurang 10 tahun (berdasarkan tempoh pembesaran dan ketinggian anak pokok).

sedangkan pelaburan emas dan perak memerlukan jangka masa yang hampir sama bagi memperolehi keuntungan benar (lebih kurang 500% mengikut 10 tahun sebelum ini).

walaupun pelaburan emas dan perak menguntungkan, namun komoditi ini mempunyai nilai naik dan turun. oleh itu, pelabur profesional akan membuat semakan graf 10 tahun terdahulu, terkini serta meramalkan masa hadapan. inilah yang disebut sebagai pelaburan teknikal.

pelaburan gaharu pula, lebih jelas yang mana pembesaran mengikut masa-masa tertentu bergantung kepada kekerapan kerja pembajaan, penyenggaraan kebun dan jumlah hujan.

kemahiran didalam pelaburan teknikal bagi mendapatkan ketepatan dalam meramal masa hadapan sama ada dalam industri hartanah ataupun komoditi memerlukan suatu kos yang besar jika dibandingkan dengan perladangan gaharu. ini kerana konsep pertanian kecil yang diwar-warkan.   

pembukaan ladang gaharu tidak semestinya pada skala besar. ianya boleh diukur sejauh mana kemampuan dan keupayaan kewangan individu bagi tujuan membangunkan sesuatu lot tanah.

dengan teknologi terkini, risiko didalam penanaman gaharu boleh disifatkan hampir tiada (0%). akan tetapi pelaburan kertas lebih berisiko memandangkan ketidaktentuan ekonomi dunia kini.

sekiranya kita memutuskan untuk menyimpan duit di bank, suatu pilihan yang rugi, ini kerana wang kertas sentiasa merosot nilainya terutama simpanan yang melibatkan puluhan tahun.

pelaburan gaharu disifatkan paling terkawal berbanding melabur dalam aset kertas. hanya dengan pengetahuan yang sedikit sahaja mengenainya, penanam gaharu mendapat kawalan penuh keatas setiap ringgit yang dilaburkan.

kadar faedah simpanan di bank adalah kecil jika dibandingkan dengan tahap penurunan nilai wang fiat pada jangka masa panjang, manakala membeli bon, unit amanah ataupun saham, adalah diluar kawalan pelabur dengan tahap pulangan yang boleh dianggap masih rendah.

sebab itulah saya katakan disini orang yang menyimpan duit dalam jangka masa yang panjang adalah dikalangan mereka yang rugi.

sedangkan wang itu, jika digerakkan dari masa ke semasa akan menghasilkan keuntungan berganda dari nilai pelaburan sebenar yang mana ianya bersifat kawalan penuh oleh individu pelabur.

justeru, adalah wajar penanaman dan pelaburan gaharu merupakan suatu langkah bijak dan terkini yang mampu mengubah kewangan kita kepada lebih baik.

contohnya sepokok anak gaharu berharga RM3, setelah 6 tahun pokok ini membesar pada nilai minima melebihi 1 ribu ringgit. gandaan ini mengatasi lain-lain pelaburan sama ada dana unit amanah, saham, bon dan logam berharga.

berlandaskan fakta diatas, jika penanam membuat tanaman sebanyak 100 pokok, nilai pelaburan sekitar RM 300 (sepokok RM3). setelah 6 tahun, setiap tanaman ini bernilai (minima) satu ribu ringgit. 

kita boleh mengira dengan hanya menggunakan kemahiran matematik sekolah rendah, nilai sebenar apabila dicairkan tanpa melibatkan kiraan rumit.     

Rabu, 26 November 2014

Gaharu sebagai pertanian organik di Malaysia

Sektor pertanian kecil pernah dibangkitkan di dalam kosmo keluaran jumaat 03 oktober 2014 di muka surat 23 (Rencana Utama).

Menurut Pengarah Institut Kajian Dasar Pertanian  dan Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Datin Paduka Dr. Fatimah Mohamed Arshad, boleh dirujuk imbasan dibawah:



sektor pertanian kecil, klik untuk baca

Industri makanan bermula dari pertanian kecil bagi memenuhi permintaan pasaran sedia ada.


Menerusi pertanian organik, sumber makanan dapat dihasilkan secara selamat dan tanpa kandungan racun.


Memandangkan di malaysia pertanian organik adalah sesuatu yang baru. Oleh itu, bagi memenuhi objektif bagi meluaskan konsep sedemikian, tanaman gaharu dilihat sebagai satu cara bertani yang sangat relevan dengan matlamat diatas.


Dengan penggunaan bahan nutrien organik, petani tidak perlu lagi menggunakan racun perosak dan baja kimia yang mana ia mencemarkan persekitaran alam.


Menyokong bumi yang lebih hijau, bersama aktiviti pertanian mesra alam, petani dapat menjaga kesihatan disamping persekitaran kebun yang selamat. 


Kawalan pembersihan tanpa racun rumpai dan penjagaan tanaman dengan nutrien organik semula jadi bagi menghindar serangan perosak (tanpa penggunaan racun serangga) dapat menyelamatkan kawasan sekitar dari pencemaran kimia beracun yang merosakan habitat asal yang wujud dipersekitaran ladang.


Dengan itu, tindakan semula jadi yang membantu menyuburkan tanah akan menjadi fungsi asas dalam pembesaran pokok gaharu ataupun lain-lain tumbuhan yang ditanam.


Sumbangan kepada keadaan semula jadi kepada pembesaran anak pokok gaharu yang ditanam dimainkan oleh mikrob-mikrob didalam tanah, bantuan dan peranan serangga tertentu dalam mendapatkan hasil pertanian yang boleh dimanipulasikan sepenuhnya.   


Penggunaan baja organik dan nutrien dari sumber semula jadi ini, akan menggalakan tindakan mikroorganisma didalam tanah yang memainkan peranan menyuburkan dan seterusnya membantu pembesaran tanaman seperti gaharu.


Meskipun pertanian organik dimalaysia sesuatu yang jarang dan baru, namun industri pengeluaran makanan hari ini menuntut keperluan ini sebagai kewajipan kearah pemakanan dan kesihatan yang terjamin selamat.


Pertanian organik bagi tanaman gaharu, sangat sinonim memandangkan tumbuhan ini sememangnya berasal dari habitat semula jadi dari rimba jauh sana yang mana ia membesar tanpa memerlukan baja kimia dan racun rumpai/serangga.


Nutrien yang dihasilkan melalui bahan semula jadi ini dapat menghindar dari kehadiran serangga yang tidak diperlukan ataupun merosakan pokok tanaman. Dalam masa yang sama ia juga berperanan menambah kadar rintang terhadap serangan virus dan bakteria.


Berbakti kepada tanah secara mesra alam dapat mengekalkan aktiviti cacing yang menyuburkan dan memudahkan sistem akar membesar. Oleh itu, pertanian organik disifatkan sebagai tulen dan bersih.

Isnin, 29 April 2013

Projek skala besar berperingkat


Entri ini berkait dengan artikel Pelaburan sektor pertanian gaharu yang mana mempunyai kesinambungan. Sekiranya anda belum membaca tajuk tersebut sila ke tajuk berkenaan terlebih dahulu. 

Individu atau ketua keluarga sudah pasti mempunyai tabungan untuk masa depan atau diwaktu kecemasan. Sesebuah keluarga, perlu mewujudkan satu tabung khas bagi tujuan pelaburan sektor pertanian gaharu mengikut cara dan kemampuan masing-masing.

Wang dari tabungan itu, boleh disalurkan untuk membangunkan tanah gaharu secara berperingkat mengikut kemampuan dan keperluan didalam projek berkenaan.

Dengan ini anda boleh melihat pertumbuhan dan perkembangan tanaman gaharu berjalan secara skala kecil dan sederhana dengan diiringi kadar risiko rendah.

Dalam masa yang sama pengusaha dapat mengutip pengalaman dan memperbaiki kelemahan yang ada. Dengan ini, petani juga dapat membuat tanaman sara diri yang lain disamping memperkayakan kepelbagaian spesis aquilaria.

Gaya pekebun kecil adalah alternatif terbaik bagi menjamin bajet bulanan dan harian yang stabil untuk keluarga dan diri sendiri. 

Sila lihat terbitan ruangan kosmo dibawah: 



Gaharu antara bidang yang sesuai dan relevan dengan sektor pertanian kecil ini.