Isnin, 25 Januari 2016

Klip video pokok kayu gaharu di you tube tanaman ala tradisional

Dibawah adalah antara contoh pokok gaharu kualiti sederhana dan super yang telah ditanam dan sedang meningkat dewasa.



Terdapat sedikit campuran spesis dalam satu tempat namun mudah dikenalpasti jenisnya. Seperti aquilaria crassna bersebelahan dengan a. hirta. Dan diselitkan dengan gaharu A malacensis.

Tanaman garu ini sedang membesar dan memerlukan beberapa tahun lagi sebelum mencapai ukuran matang inokulasi.

Antara fungsi semula jadi yang berlaku dari masa ke semasa adalah peranan babi hutan yang mencari makan pada waktu malam.

Fungsi ini secara tidak sengaja menyumbang kepada kesuburan tanah kesan dari gemburan untuk mendapatkan cacing. 

Biasanya binatang ini mengorek keliling pokok gaharu untuk mencari cacing dan dalam masa yang sama membuat gemburan.

Manakala kesan negatif terhadap pokok gaharu adalah kemungkinan tanaman ini hampir tunduk kebumi disebabkan gangguan pada akarnya.

Saya hanya lakukan pembersihan manual dengan sabit/pisau menebas. Tak pernah libatkan dengan mesin rumput.

Manakala kerja-kerja gemburan dilakukan oleh pembantu saya iaitu lembu pendek hanya pada waktu malam.

Rahsia disini adalah pokok gaharu ini hidup seperti didalam hutan semula jadi, yang mana tumbuhan liar lain tidak dimusnahkan seratus peratus. Ia membesar bersama dengan tumbuhan lain yang menghijau.

Ini salah satu contoh yang telah dimuatkan (upload) ke youtube. Terdapat pokok kayu lain (pohon liar) yang sengaja ditinggalkan bagi keselesaan anak gaharu yang ditanam. Video ini adalah dimuatnaik ke you tube dan dilinkkan ke blog ini.

Secara logiknya peranan tumbuhan sedia ada (pokok liar yang tinggi) dan belukar lainnya, adalah mengimbangkan tahap kepanasan cahaya matahari pada waktu tengahari hingga ke petang. Oleh itu, anak gaharu kurang terdedah dengan pancaran terik mentari secara terus 100% serta tidak mengeringkan permukaan tanah.

Bagi projek besar, adalah tidak sesuai dengan cara ini. Biasanya penanaman berskala ladang akan  menggunakan jentera berat yang mana pembersihan sehingga pada tahap hanya tinggal tanah sebelum melaksanakan tanaman gaharu.

Namun mereka tetap berjaya besarkan anak gaharu dengan membuat jadual pembajaan yang teratur dan konsisten.

Tiada ulasan: