Isnin, 24 Mac 2014

Masalah serangan virus menerusi cecair antivirus kepada anak pokok gaharu

Dunia pertanian spesis equilaria terdedah dengan serangan pada pokok gaharu yang biasanya kelihatan jelas pada daun menerusi tanda-tanda tertentu. Serangga yang membawa virus menjejaskan pertumbuhan dan pembesaran karas. kehadiran ulat dan kulat turut menjejaskan pohon tanaman ini.



Bahan cecair khusus digunakan bagi menangani masalah ini. Cairan nutrient organik yang dimaksudkan turut mempunyai kandungan penggalak pertumbuhan dan pembesaran anak pokok gaharu.

Penggunaan bahan sedemikian dianggap amalan pertanian baik dan mesra alam. Ciri-ciri hijau ini dapat mengekalkan mikroorganisma baik untuk pembesaran pokok dan kesuburan tanah.  

Bahan cecair nutrient organik seperti MaxGrow Tani yang didaftarkan oleh MAXMA Sdn Bhd, beralamat di Taman Mount Austin, Johor Bharu adalah contoh pilihan tanpa penggunaan racun perosak.

Meskipun bahan ini bukanlah antivirus namun fungsinya sudah cukup bagi mencegah selain merawat pokok yang bermasalah.

a) meningkatkan aktiviti mikrob - organisma baik didalam tanah
b) pengembangan dan pertumbuhan sistem akar yang cepat
c) peningkatan kadar imun terhadap cuaca melampau, lebihan kelembapan dan kemarau.
d) ketahanan kepada serangan kulat tanah
e) rintang penyakit, serangan serangga dan virus

Manakala produk keluaran GCSB seperti GC Grow Life dan GC Bio Guard mempunyai ciri-ciri ketahanan dan pencegahan serangan kulat, serangga dan virus.

Bahan tambahan baja ini mempunyai kelebihan nutrien tanaman membesar dengan sihat dan rintang dari serangan virus. Anak pokok gaharu yang mendapat semburan bahan ini, lebih kelihatan hijau dan sihat disamping terhindar dari ancaman serta mudah cepat membesar. 


Tiada ulasan: