Ahad, 23 Mac 2014

Penanaman anak pohon karas dan tanaman pokok kayu gaharu di terengganu malaysia serta asia tenggara

Malaysia antara negara asia tenggara yang mempunyai iklim yang sesuai untuk tanaman gaharu. Terengganu merupakan negeri pantai timur semenanjung menyimpan khazanah berharga seterusnya menjadi penyimpan spesis aquilaria di hutan belantara bernilai tinggi dalam pengeluaran teras kayu karas gred a super dari rimba ini sejak dahulu kala.

Namun kebelakangan ini, untuk mendapatkan pohon gaharu semakin sukar didapati di hutan rimba. Ini kerana akibat daripada pokok karas menjadi buruan ramai pencari kayu teras bernilai gred a super ini.   


Kini dunia sudah berubah, penanaman karas mula mendapat tempat dihati masyarakat malaysia. Tanaman gaharu turut juga diusahakan oleh organisasi kerajaan dan syarikat-syarikat swasta.


Pihak kerajaan seperti jabatan penyelidikan hutan negeri terengganu membuat penanaman pokok kayu karas bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R & D) didalam industri gaharu.


Syarikat swasta pula membuat tanaman karas bagi tujuan pelaburan jangka panjang dalam mengkomersilkan produk yang berasaskan gaharu.


Malaysia adalah negara asia tenggara yang telah membuat penanaman gaharu memandangkan nilai gred a super semakin sukar didapati dan ancaman kepupusan spesis aquilaria didalam hutan rimba belantara.


Terengganu dan kelantan antara negeri pantai timur yang paling banyak menawarkan anak benih pokok gaharu untuk dijual runcit pada nilai harga berpatutan.


Terdapat juga sumber anak benih pokok gaharu untuk dijual dalam Malaysia diimport secara borong daripada negara seperti Kemboja, Thailand dan Vietnam.



Negara asia seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos, India, Bangladesh dan lain-lain turut sama menjadikan tanaman gaharu sebagai sumber pendapatan dalam pelaburan pertanian.


Selain negeri Perak, Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak juga sesuai mengusahakan tanaman gaharu. Dengan potensi pasaran yang besar, menarik petani muda seluruh Malaysia berminat membuat tanaman karas ataupun dikenali sebagai depu.


Antara spesis pohon kayu gaharu yang dapat menghasilkan teras gred a super adalah seperti aquilaria malacensis, a. hirta dan subintegra.


Terdapat juga pengusaha ataupun peladang yang membuat penanaman karas bagi tujuan industri teh herba gaharu. Antara spesis yang paling sesuai adalah aquilaria crassna dan a. sinensis.


Pokok pohon kayu gaharu memerlukan 3 hingga 6 tahun tempoh masa pembesaran sebelum hasil dapat dituai. Oleh itu, pelabur cuba mendapatkan maklumat spesis yang lebih cepat membesar seperti aquilaria crassna dan subintegra dan hibrid.



Tiada ulasan: