Isnin, 17 Mac 2014

Penanaman anak pokok gaharu sebagai pelaburan didalam lot hartanah di Malaysia

Hartanah secara mudahnya difahamkan sebagai berikut: 

a) tanah 

b) lot rumah
c) bangunan kedai 
d) ruang pejabat
e) tanah lot
f) kebun
g) ladang
h) kawasan sawah padi
i) tanah paya
j) tanah bekas lombong




Tanah merangkumi tanaman sawit, kawasan penanaman getah, tanah lot yang telah dibahagikan, pembahagian di kampung-kampung dan lain-lain.


Pelaburan hartanah sebagai tambahan aset dengan nilai yang sentiasa meningkat dari masa ke semasa saban tahun mengikut lokasi dan kawasan yang strategik.


Lot rumah dan tanah untuk dijual sentiasa tetap mempunyai pembeli dan senantiasa ada permintaan.


Bagaimana pula dengan hartanah gaharu. Pohon karas yang telah membesar dan  boleh di inokulasi sudah tentu dapat dijual pada harga yang sangat tinggi memandangkan nilai cairan atau teras kayu ini mencapai jutaan ringgit mengikut jumlah pokok yang ditanam.


Individu ataupun syarikat-syarikat tempatan boleh menjadikan lot tanah gaharu sebagai satu aset bernilai dan dapat dicairkan pada bila-bila masa.


Aset hartanah sedemikian juga boleh dijadikan satu pelaburan bernilai tinggi yang mana konsep perkongsian untung mengikut nilai wang setiap pelabur.


Contohnya dalam satu lot hartanah bernilai 1 juta ringgit, telah ditanam 1,000        pokok gaharu yang telah matang. Setiap individu membuat pelaburan 10% daripada jumlah keseluruhan. Ini bersamaan orang berkenaan memiliki syer 100 pohon karas yang akan diinokulasi.


Selepas dua tahun suntikan dibuat, teras gaharu terbentuk dan tuaian dilakukan. Dari untung bersih satu individu berhak mendapat 10% daripada nilai keuntungan itu bersamaan 100 pohon pokok karas.


Pembahagian keuntungan ini adalah hampir menyamai pelaburan saham yang mana keuntungan berlandaskan jumlah bahagian yang dilaburkan.


Sekiranya individu ataupun sesebuah syarikat membeli 1 lot tanah tanaman gaharu, yang terdiri dari 1,000 pokok yang telah ditanam dengan pohon depu, keuntungan dari pelaburan ini memihak kepada pelabur diatas untuk mendapat 100% yang mana bersamaan 1,000 jumlah tanaman karas.


Dengan kemajuan penyelidikan dan teknologi kini, sepokok yang ditanam dan membesar boleh menyumbang pendapatan dan pulangan yang lumayan. Cara buat duit dalam bidang pertanian yang tidak berisiko tinggi.


Oleh yang demikian, sudah pasti permintaan terhadap lot hartanah gaharu sentiasa ada. Ianya suatu pemasaran bisnes to bisnes yang masih baru dan berpotensi mendapat sambutan seperti pasaran hartanah rumah kedai sekarang ini.


Dengan pemilihan jenis baka dan spesis aquilaria terbaik, nilai lot tanah tersebut boleh mencapai sehingga jutaan ringgit.


Pemaju hartanah yang membangunkan perumahan dan bandar boleh juga membuat nilai tambah kepada projek mereka dengan membuat tanaman pokok gaharu. Langkah ini akan memberi keuntungan berlipat ganda kepada pemaju dan pemilik rumah disamping menghijaukan tanah yang dibangunkan.


Tiada ulasan: