Selasa, 18 November 2014

Baja organik SA BIO MASS

Dalam merealisasikan konsep hijau yang pernah ditulis didalam entri sebelum ini pada 03 januari 2013 bertajuk 'gaharu antara pertanian mesra alam' adalah relevan dengan artikel kali ini yang saya bawa berkenaan penggunaan nutrien kepada tanaman.
 

Disini SA BIO-MASS antara contoh penggunaan baja berkonsep hijau ataupun disebut sebagai mesra alam yang mana kandungan dari bahan bukan racun/kimia.
 

Anda boleh rujuk di facebook-biomass ataupun terus kepada harian metro keluaran 18 november 2014 (selasa) bahagian rencana Agro V7 yang ditulis oleh Mohd Sabran Md Sani.

SA BIO MASS Trading (SBM) mempunyai lokasi premis di alamat Jalan Nilai 7/1, Kawasan Perindustrian Nilai 7, di Negeri Sembilan.
Maklumat lanjut boleh hubungi ke 06-7993772.




baja pertanian organik


Penggunaan baja organik adalah satu cara penjagaan kesihatan jangka panjang disamping menjaga alam sekitar dari pencemaran bahan kimia/racun perosak.
 

Syarikat SA BIOMASS Trading mengeluarkan dan menjual baja organik dan SA BIO-MASS 28 yang dikendalikan oleh (pengurus kanan) Mahanom Salamon.
 

Kandungan yang dimuatkan didalam baja organik ini terdiri dari 15 kumpulan asid amino serta 13 jenis mineral. Turut dibekalkan bersama nitrogen, fosforus dan kalium (NPK).
 

Bahan-bahan tersebut berfungsi untuk penambahbaikan fungsi tanah pertanian dan galakan pembiakan mikro organisma yang memberi impak kepada kesuburan.
 

Tambahan pula kajian MARDI menunjukan kesan positif dan terbaik dalam pertumbuhan serta pembesaran pokok tanaman. Bersama sokongan Jabatan Pertanian, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan FAMA mereka berkeyakinan didalam usaha meneroka pasaran dalam malaysia.
 

Tidak kurang juga galakan dari Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Agro Bank Salak Tinggi dan MARA Negeri Sembilan.

SA Biomass Trading mampu melangkah lebih jauh apabila bersama Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2014) yang berlangsung di MAEPS Serdang.  

Tiada ulasan: