Selasa, 4 Mac 2014

Maklumat Pesaing/joint venture (JV) dalam perniagaan dan pemasaran gaharu

Perlu dikumpulkan bagi tujuan rakan kongsi dan kerjasama dalam industry dan bisnes gaharu. Merangkumi individu ataupun syarikat yang terlibat secara sepenuh masa/sambilan.

Mereka ini adalah sebagai pembekal logistic (input) dan juga sebagai saluran pemasaran (output) bagi produk mentah gaharu. 


Disamping itu, kumpulan ini juga sebagai teman kongsi maklumat berkaitan penanaman dan produk dalam industry gaharu. Sila rujuk di entri sebelum ini berkaitan sumber maklumat gaharu.





Pesaing /JV terdiri daripada syarikat atau mereka yang menjalankan aktiviti ekonomi berikut: 

a) Mempunyai stok/simpanan anak pokok gaharu untuk dijual, 
b) Pengusaha yang terlibat sebagai  petani/penanam spesis aquilaria 
c) Syarikat/individu yang menjual produk siap berasaskan gaharu, 
d) Mereka yang membuat semaian anak pokok gaharu, 
e) Pengilang produk siap/separuh siap berasaskan gaharu,  
f) Pembekal anak pokok gaharu jualan harga borong dalam Negara/luar Negara.

Senarai pesaing/JV tempatan


1. Syarikat Konsesi Utama (M) Sdn Bhd 

(Norazlan Lumi) mempunyai kilang pemproses di kajang selangor.
• membeli produk mentah hasil tani gaharu
• pengeluar produk siap

2. Gunung Cipta Sdn Bhd (GCSB)

Lokasi pejabat: Jerteh Besut Terengganu
• membeli damar/teras gaharu
• jual minyak wangi, lot gaharu & saham/syer gaharu

3. Jabatan Perhutanan (FRIM)

• Pendaftaran kepada penanam gaharu
• Pendaftaran untuk pemborong
• Pendaftaran pengilang
• Peladang aquilaria malacensis (machang marang)
• Mencipta/pembangun alat DNA bagi pengenalpasti spesis aquilaria.

4. Gaharu Resources

Menawarkan bahan inducement (system bambootec) bagi tujuan membina damar bermutu tinggi pada harga RM150 satu set. Lokasi operasi Bt 10, Jalan Bertam, Tanjung Karang Selangor.
Rujukan: 013 3707271 Mat Hasbolah.

5. Gaharu Embun Enterprise

Lot 11, Kampung Paya Embun, Jerantut, Pahang.
Menawarkan pelbagai spesis aquilaria (biji benih & anak gaharu), baja dan bahan inokulasi.
Rujukan: 019 6695065

6. Gaharu Malaysia

www.gaharuandme.com
anak gaharu dan baja gunung berapi (zeolite) satu beg RM25. 
Lokasi: klang, Selangor

7. GreenWorld Aroma Enterprise

No.1, lot 3642, Jalan Semerak, Cherang Ruku, Pasir Puteh,             
Kelantan. Tawaran: crassna, hybrid & subintegra 
Rujukan:  013 9210707
www.usahawangaharu.blogspot.com

8. Penjual/peruncit anak gaharu


a. www.dungunblogspot.com

Menawarkan anak dan biji benih gaharu.  
Rujukan: 019 9454700
Wilayah Utara (Kedah)

b. Anak gaharu di kodiang  012 5747201 shahrul


c. Sea Worrior Blogshop

Anak gaharu di Baling, 017 4676247

Individu/syarikat yang dalam satu bidang dengan perusahaan kita perlu dihormati bagi perkongsian maklumat/produk/logistik dalam industri ini. Timbal balik dalam perkongsian dan rantaian bekalan dari masa ke semasa. Bukannya sebagai ancaman kepada perniagaan kita.  


Isnin, 3 Mac 2014

Kesan positif inducement dan inokulasi bagi pembentukan teras pohon pokok kayu gaharu

Pohon kayu pokok gaharu yang mencapai ukur lilit pembesaran tertentu akan disuntik dengan cecair khas bagi membentuk teras gaharu.

Terdapat jenis cecair inokulasi dicipta dan dikomersilkan dari dalam dan luar negara. Suntikan tersebut bertujuan mempercepatkan proses pembentukan teras damar gaharu.


Bahan cecair inokulasi bermutu dapat membentuk teras resin bergred a super. Sesuatu yang belum pasti akan tetapi kajian mereka telah terbukti. Sama ada suntikan ataupun dengan hanya sapu pada batang seperti yang digunakan dari bahan cecair moon booster. 



Tidak kurang juga cara inducement dilakukan bagi tujuan pembentukan teras damar berkualiti yang dibuat secara spiral.



Video you tube diatas menunjukan kaedah inducement untuk menghasilkan teras gaharu.

Video diatas menunjukan perbezaan antara sistem inokulasi biasa, dari bahan cecair moon booster dan juga cara inducement, yang mana tujuan sama mendapatkan pembentukan teras gaharu pada cara yang berbeza. 


Rabu, 15 Mei 2013

Produk 4 moon booster dari Southern Farm Valley



Permintaan dunia yang semakin meningkat mendorong harga pasaran produk gaharu turut mencecah ribuan dan puluhan ringgit bergantung kepada gred yang terhasil.

Siri video diatas adalah seorang penyelidik dari Syarikat Southern Farm Valley Sdn Bhd. Beliau berjaya menghasilkan produk 4 moon booster yang menggunakan bahan dari alam semula jadi.


Menerusi bahan ini petani hanya perlu lakukan suntikan bagi menghasilkan teras beresin. Dengan 4 moon booster, penghasilan damar dapat dimaksimumkan.


Akan tetapi percubaan mengikut spesis gaharu perlu dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan ianya sesuai kepada semua jenis pokok gaharu.


Anda boleh cuba produk Produk 4 moon booster dari Southern Farm Valley untuk percubaan anda di kebun.

Sabtu, 4 Mei 2013

Pelaburan sektor pertanian gaharu


Memandangkan kos hidup berkeluarga di Malaysia kini telah mencapai kadar yang sangat tinggi, dengan kepelbagaian keperluan semasa, peralihan kepada sektor pertanian adalah satu alternatif.

Inisiatif mencari sumber pendapatan sampingan tanpa melibatkan kos tambahan dari masa ke semasa, tidak perlukan modal yang tinggi, penjimatan kos operasi semasa membangunkan tanah gaharu merupakan pilihan terbaik.

Contohnya tanah kosong anda berkeluasan 1 ekar. Tanaman gaharu boleh dilaksanakan sekitar 1,000 anak pokok jika jarak antaranya lebih kurang 6 kaki. Persoalan disini adalah adakah anda mampu dan mempunyai modal untuk membeli 1,000 anak pokok dalam satu masa.

Membangunkan sesebuah tanah gaharu pada skala besar melibatkan kos berikut: 

a) 1,000 anak pokok melibatkan kos RM 10,000.00 jika sepokok berharga RM 10.00. Ianya bergantung kepada harga dan ketinggian anak pokok yang dibeli.

b) Kos jentera atau upah untuk pembersihan kawasan sekitar RM 1,000.00 untuk 1 ekar. Bergantung kepada tempat dan persetujuan.

c) Upah menanam anak pokok sebanyak seribu pokok boleh mencecah RM 1,000.00 bergantung kepada harga tenaga buruh.

d) Upah kerja-kerja pembajaan dan penjagaan RM 500.00 atau RM 200 hingga RM 300 sebulan.


Anggaran pelaburan pertanian gaharu diatas adalah satu bebanan bagi mereka yang berkeluarga besar. Sudah pasti gaji bulanan tidak mencukupi untuk menampung semua ini.

Ini kerana komitmen terhadap kos keluarga adalah lebih penting dan perlu dipenuhi terlebih dahulu daripada lain-lain perbelanjaan bersifat luar keperluan keluarga atau diri.


Pinjaman sektor pertanian

Setiap projek skala besar mempunyai risiko tanpa dijangka, terutama jika penanaman gaharu dikawasan yang rendah. Antara kemungkinan berlaku adalah seperti berikut:

a) takungan air hujan atau banjir

b) kebakaran di kawasan pertanian

c) khianat dengan racun

d) kemarau panjang yang boleh menyebabkan anak gaharu kecil boleh terbantut.

Oleh itu, anda perlu fikirkan dari sudut kemampuan untuk melaksanakannya sebelum projek skala besar yang melibatkan pinjaman dibuat.

  






Isnin, 29 April 2013

Projek skala besar berperingkat


Entri ini berkait dengan artikel Pelaburan sektor pertanian gaharu yang mana mempunyai kesinambungan. Sekiranya anda belum membaca tajuk tersebut sila ke tajuk berkenaan terlebih dahulu. 

Individu atau ketua keluarga sudah pasti mempunyai tabungan untuk masa depan atau diwaktu kecemasan. Sesebuah keluarga, perlu mewujudkan satu tabung khas bagi tujuan pelaburan sektor pertanian gaharu mengikut cara dan kemampuan masing-masing.

Wang dari tabungan itu, boleh disalurkan untuk membangunkan tanah gaharu secara berperingkat mengikut kemampuan dan keperluan didalam projek berkenaan.

Dengan ini anda boleh melihat pertumbuhan dan perkembangan tanaman gaharu berjalan secara skala kecil dan sederhana dengan diiringi kadar risiko rendah.

Dalam masa yang sama pengusaha dapat mengutip pengalaman dan memperbaiki kelemahan yang ada. Dengan ini, petani juga dapat membuat tanaman sara diri yang lain disamping memperkayakan kepelbagaian spesis aquilaria.

Gaya pekebun kecil adalah alternatif terbaik bagi menjamin bajet bulanan dan harian yang stabil untuk keluarga dan diri sendiri. 

Sila lihat terbitan ruangan kosmo dibawah: 



Gaharu antara bidang yang sesuai dan relevan dengan sektor pertanian kecil ini.