Khamis, 16 Oktober 2014

Anak pokok gaharu dari Kampung Serdang Dungun Terengganu

Dalam kesibukan tugasan harian, saya berkesempatan pergi ke Kampung Serdang dalam
daerah Dungun Terengganu dan berkenalan dengan seorang lagi orang lama dalam industri gaharu.

Bertolak dari Kuala Terengganu diawal pagi dan sampai ke Kampung Serdang Dungun
Terengganu sekitar jam 1030 pagi. Dipersekitaran hadapan rumahnya, kelihatan kayu kayan spesis gaharu yang tidak dapat dipastikan disusun rapi.

Turut kelihatan taburan yang agak berselerak polibeg anak pokok gaharu yang sekian lama disimpan dan dibesarkan disitu. Susunannya dilokasi bawah pokok besar yang rendang dan redup sudah pasti sejuk mata memandang dan sudah pasti dapat membesar dengan baik.

Salam diberikan beberapa kali, kelihatan pintu hadapan dibuka dan kami dipelawa masuk. Berehat dianjung yang nyaman dan mendamaikan sambil menikmati teh O.

Beliau yang dikenali sebagai Lan Lintah (dulu buat lintah untuk dijual) terus-menerus membersih dan meracik kayu gaharu untuk dijual kepada peraih pada harga yang lebih mahal.

Sedikit demi sedikit torehan dibuat pada lurah-lurah kayu gaharu bagi memastikan
damar tidak terbuang.

Saudara Lan yang telah puluhan tahun menjadi orang tengah dan peraih dalam pemasaran kayu serta damar, tetap tenang melakar serta membentuk resin hasil racikan yang semestinya memerlukan masa yang lama.

Saya yang asyik memerhatikan kerjanya, sempat bertanya alatan-alatan yang diperlukan bagi kerja-kerja racikan kayu gaharu ini. Beliau turut menunjukan gred-gred damar yang terhasil dari aktiviti itu.

Beberapa kotak simpanan resin dari gred a hingga c dikeluarkan. Semuanya dari hutan rimba Malaysia.

Saya memerhati dan merasai satu-persatu gred yang berlainan ini sambil bertanya
kepadanya.

Damar yang telah diasingkan mengikut gred akan dijual semula kepada orang cina
Malaysia dan juga singapura.

Katanya lagi, orang Arab juga ada berkunjung ke rumahnya untuk membeli damar
gaharu ini.

Dari pemerhatian saya sendiri, beliau dapat hidup secara selesa hasil dari usaha diatas sahaja.

Saya meminta beliau jual sedikit anak pokok gaharu candan dihadapan rumahnya.

Beliau enggan menjual kerana ingin menanam anak-anak pokok ini dibelakang rumahnya sebagai projek tambahannya.

Encik Lan memberitahu, anak pokok ini dibeli dari pencari gaharu dihutan sejak sekian lama dan dikumpulkan.

Saya minta beberapa kali supaya jualkan kepada saya 10 anak pokok pada harga
bersesuaian dengan ketinggiannya.

10 anak pokok gaharu memenuhi bahagian belakang kereta dan sepokok anak
candan dihadiahkan kepada saya.

RM100 diserahkan dan saya meneruskan perjalanan menghala ke Ketengah
Jaya Dungun Terengganu sebelum melangkah ke Hulu Paka.

Tiada ulasan: