Rabu, 28 Oktober 2015

gaharu subintegra

tanaman anak pokok gaharu dari spesis aquilaria subintegra memerlukan komitmen yang tinggi bagi memastikan peratus kematian dapat dikurangkan.

menerusi teknik tissue culture (pembenihan khusus) akan membentuk anak pokok yang berakar pendek. ini menyebabkan spesis ini mudah tumbang apabila angin kuat. oleh itu, penanaman ditempat yang bertanah lembut lebih berisiko.

bermula proses pembenihan di Thailand, kemudian diimport ke Malaysia dan 
ditempatkan di kelantan seterusnya dibawa ke Terengganu. pergerakan dari tangan ke tangan sedemikian mempengaruhi harga bagi setiap penjual yang berlainan.




pemilihan spesis ini adalah kerana potensi penghasilan teras berkualiti sekiranya kesesuaian bahan suntikan yang tepat sepertimana Thailand buktikan.

Jumaat, 23 Oktober 2015

gaharu aquilaria crassna

penanaman gaharu kami dari spesis aquilaria crassna telah mencapai ketinggian dan pembesaran yang tidak memerlukan penjagaan dan pemantauan kerap.

anak pokok yang diimport dari negara kemboja (cambodia) ini, dibeli dan ditanam pada usia kurang 8 bulan dengan ketinggian kurang satu kaki.

spesis yang cepat membesar ini lebih tahan lasak (tidak mudah mati) apabila 
berhadapan dengan struktur tanah yang kurang subur dan keras.

gunungcipta memilih dan mengesyorkan aquilaria crassna kerana spesis ini cepat membesar meskipun penghasilan teras yang sederhana sahaja setelah disuntik.




anggaran gaharu crassna mencapai tahap matang dan boleh disuntik adalah sekitar 4 hingga 5 tahun setelah penanaman dibuat.

aquilaria crassna adalah sebahagian dari projek penanaman gaharu kami dalam memenuhi ruang tanah sedia ada bagi matlamat penghasilan damar.  

Khamis, 15 Oktober 2015

harga gaharu saat ini

Dibawah adalah imbasan dari buku keluaran PTS Sdn Bhd cetakan BS Print (M) Sdn Bhd terbitan pertama 2015, bertajuk Rich Dad's guide to becoming rich without cutting up your credit cards, edisi bahasa melayu hasil tulisan Robert T. Kiyosaki pada muka surat 35.

Buku ini memperihalkan berkenaan JEDA MASA yang diperlukan bagi setiap peralihan yang berlaku kepada sesuatu industri. Kaitannya adalah berkenaan tahap penerimaan masyarakat dunia dan perubahan berfikir bagi setiap peralihan zaman. Sebelum sesuatu itu berjaya, ianya menuntut pelaburan ataupun disebut sebagai harga yang perlu dibayar. 

Harga yang dimaksudkan didalam buku ini tidak semestinya menggunakan wang, tetapi melibatkan pelaburan masa, tenaga, pengorbanan, kesanggupan dan lain-lain.

Contohnya, apabila kita membuat sesuatu kesilapan, harganya mungkin perlu dibayar dengan kerugian puluhan ribu ringgit, dikutuk-cerca, dimalukan ataupun dihukum dengan cara yang lain.

Robert T. Kiyosaki antara manusia yang berfikir secara BUKAN KONVENSIONAL dan melihat dunia dari dua sisi ataupun 3 bahagian dari duit syiling yang terdiri dari muka hadapan, bahagian belakang dan di tepinya yang 
diukir atas sebab-sebab tertentu seperti yang disarankan oleh Rich Dad.

Apa yang menjadi perhatian saya adalah beliau membicarakan tentang wang palsu vs wang benar. Didalam pertanian gaharu, saya menggariskan wang benar salah satunya adalah spesis aquilaria yang mana sentiasa meningkat nilai berbanding wang fiat yang disimpan di bank.

Beliau juga membangkitkan masalah inflasi, deflasi, hutang bagus dan kesan negatif kepada sikap menambah liabiliti.

Robert T. Kiyosaki pernah menulis buku bersama Donald J. Trump yang mengetengahkan hal berkenaan golongan pertengahan yang semakin pupus khususnya di Amerika Syarikat.

Berkenaan dengan wujudnya Bank Rizab Amerika, menurut mereka ianya bukanlah sebuah bank, bukan rizab dan bukan dalam hak milik atau kawalan kerajaan Amerika. Ianya milik orang kaya. 



lembaran penuh




Beliau juga membicarakan tentang pelaburan golongan pertengahan yang tiada masa mengurus wang mereka sehingga melabur di luar kawalan. Ingat ladang gaharu juga adalah investment yang perlu dalam kawalan kita.

Ahad, 11 Oktober 2015

masalah serangan serangga pada pokok gaharu

bagi menjawab persoalan en. mohamad, saya dapat gambarkan yang kebun saudara kerap dibersihkan. namun saya tak pasti berkenaan spesis, tinggi dan ukur lilit pembesaran batang pokok gaharu yang diserang itu.

disini, saya syorkan lakukan semburan cecair nutrien pembesaran, yang biasanya berfungsi sebagai baja untuk pokok, mengatasi masalah serangan serangga atau perosak yang boleh terbang dan membantu kepada kekebalan serangan khususnya pada daun.

apabila tanaman ini diserang, biasanya daun mulai kekuningan dan gugur. bagi anak gaharu yang masih kecil, risiko kematian adalah tinggi.

walaupun pucuk baru boleh tumbuh dan membesar semula, namun jika berlaku serangan serangga yang berulang akan menyebabkan anak pokok akan berakhir dengan kematian.

berkenaan dengan kumbang tersebut, adakah saudara pasti, kumbang tersebut membuat lubang pada batang pokok tersebut atau lubang itu sedia ada yang ditumpang.

sekiranya batang pokok tersebut masih kecil dikhuatiri anak gaharu ini tidak dapat hidup lama.

bagi gaharu yang telah hampir matang (mengikut ukuran tertentu) dan boleh disuntik dengan bahan inokulasi, saudara tidak perlu khuatir akan serangan ini. hal ini kerana ketahanan untuk terus hidup adalah tinggi, malah kesan positif menerusi gangguan ini membantu dalam proses kesakitan pokok dalam penghasilan teras secara semula jadi.  


bahan cecair nutrien

pastikan saudara gunakan penyembur yang bersih, bukannya bekas racun. pam racun galas yang telah digunakan adalah berisiko. oleh itu, dapatkan pam baru dan belum pernah digunakan untuk meracun.

dapatkan bahan cecair ini di kedai peladang terdekat dengan tempat saudara, ataupun daripada jurujual baja dan nutrien jenama lain untuk mendapatkan kesan pertumbuhan dan pembesaran gaharu yang hijau dan sihat.

contoh nutrien cecair yang boleh didapati di peladang adalah maxcrop tani, maxcrop proaktif, maxgrow tani dan bahan sokongan lain adalah excel magnesium.

maxrop tani atau dan maxcrop proaktif dicampurkan dengan air mengikut sukatan yang disyorkan. kemudian semburkan pada pucuk, daun, ranting dan batang pokok gaharu.

saudara boleh dapatkan bahan nutrien yang dijual dipasaran dengan menyemak kelebihan berikut:

a) bersifat organik
b) mempunyai unsur antikulat dan anti serangan serangga yang dicampurkan dari herba terpilih.
c) kandungan phosphat
d) dilengkapkan dengan mikrob baik
e) sebagai pencegah kepada kehadiran serangga perosak serta serangan virus
f) dapat menambah daya imunisasi dan rintang serangan dan penyakit.
g) membunuh bakteria tidak baik pada tanaman.
h) berfungsi sebagai perawat pokok yang diserang virus, serangga dan kulat.
i) daya sokongan dan kemampuan kepada antistres kepada tanaman.
j) tambahan kepada galakan pembesaran dan kesuburan tanah.

antara contoh kimia organik bagi mendapatkan pertumbuhan baik tanaman adalah:

a) kalsium kompleks
b) asid amino
c) mempunyai unsur sulfur
d) klorofil
e) betaines
f) cytokinin
g) magnesium
h) bekalan nitrogen

suntikan inokulasi

buat masa ini saya buat suntikan spesis aquilaria hirta sahaja. pokok candan disuntik menggunakan cecair persendirian yang mana masih peringkat ujian.

cecair inokulan ini disesuaikan dengan pokok candan sahaja. lain-lain spesis belum ditentukan lagi. memandangkan ia belum berfakta dan tidak terbukti sepenuhnya lagi, saudara perlu dapatkan bahan inokulasi daripada orang lain terlebih dahulu mengikut kesesuaian jenis aquilaria yang ditanam.

kursus inokulasi

kami daripada candan perdana tidak mengendalikan sebarang kursus pada masa kini. pihak kami hanya berkongsi maklumat dan permasalahan berkaitan gaharu berlandaskan pengalaman diladang dan perolehan maklumat daripada pihak tertentu. 

Sabtu, 10 Oktober 2015

masalah gaharu

didalam pertanian yang melibatkan tanaman gaharu, masalah tanah tidak subur ataupun berasid akan menyebabkan anak pokok berisiko lambat membesar dan lama-kelamaan berkemungkinan mati.

penggunaan baja butir organik diperlukan untuk proses kesuburan disamping 
membuat gemburan dikawasan tanah tersebut.

kesan pemulihan dapat dipastikan apabila belukar liar mulai menguasai kawasan pakis yang dipulihkan itu.

anda memerlukan suatu tempoh masa tertentu bergantung kepada jumlah hujan yang turun di tempat berkenaan. 

semakin kerap pembajaan dibuat , kesuburan tanah menjadi lebih baik. ini akan menggalakan cambahan tumbuhan liar.




dari sini, tanaman gaharu dapat dilaksanakan ditempat tersebut.

Jumaat, 9 Oktober 2015

masalah tanaman gaharu

pertanian gaharu mempunyai beberapa masalah tertentu yang boleh diatasi dan
ditangani. antara yang dikenalpasti adalah struktur liat yang keras.

tanah pertanian gaharu yang akan ataupun sedang dibangunkan berkemungkinan keras, berbatu, berasid, kurang subur dan lain-lain masalah.

bagi tanah liat jenis keras menyebabkan air bertakung dalam tempoh yang 
lama selepas hujan lebat. ini menyebabkan tanaman gaharu berisiko mati 
akibat dari serangan kulat dibahagian akar.

jika anak pokok masih hidup dan tidak diserang kulat, biasanya tumbuhan 
ini tidak meninggi dan membesar. ini kerana perkembangan akarnya yang 
terjejas.




justeru, saya syorkan kepada petani membuat tahap kedalaman ekstra 
(lebar dan dalam) semasa kerja-kerja penanaman dibuat.




sekiranya cara ini membebankan, anda boleh memilih alternatif lain 
seperti membuat tambunan tanah bukit terlebih dahulu sebelum penanaman 
anak gaharu dilaksanakan.

ketinggian tambunan sekitar 1 hingga 2 kaki adalah mencukupi. apabila 
anak gaharu mencapai pembesaran tertentu, sistem akar pokok ini sudah 
kuat dan mampu berkembang jauh kedalam tanah meskipun lapisan dibawah 
bertanah keras.

pemantauan dari masa ke semasa dapat memastikan anak gaharu mulai tumbuh pucuk. ini menandakan pembesaran sedang berlaku dan sistem akarnya sedang membenam ke bumi.

lokasi tanah pertanian gaharu yang berbukit adalah tidak sesuai ditambun. oleh itu, lubang yang luas dan dalam diperlukan bagi mempercepatkan pembesaran anak gaharu yang baru ditanam.

Isnin, 5 Oktober 2015

Gaharu Aquilaria Hirta

Pantang terik matahari bagi anak kecil, aquilaria hirta satu spesis gaharu yang 
memerlukan perlindungan dari pancaran terik mentari secara berterusan sehinggalah ianya meninggi dan membesar.

Jika kita lihat didalam hutan, anak gaharu spesis ini dilindungi aquilaria yang 

besar dan tinggi (pokok induk). Ianya tumbuh dibawah ibu candan. 

Ciri-ciri pokok ini adalah daunnya yang lebih lebar membujur berbanding lain-lain spesis 

aquilaria serta berbulu dibawahnya.

Gaharu aquilaria hirta, memerlukan komitmen penjagaan terbaik sebelum dapat berdikari dan mencecah ketinggian matang.





Proses pembesaran yang agak perlahan namun berbaloi dengan kualiti teras yang boleh dihasilkan pada kos minimum. Sebenarnya Malaysia telah lama mengeluarkan damar dari spesis ini.
  Dari zaman Hang Tuah lagi boss.