Khamis, 14 Julai 2016

ciri ciri pohon gaharu yang baik

Entri kali ni adalah kesinambungan dari artikel keluaran berikut;

https://candanperdana.blogspot.my/2016/07/perbezaan-istilah-tentang-gaharu-dan.html

Apapun yang ditulis dalam artikel tersebut, namun saya sendiri tak pentingkan persoalan yang dibangkitkan pon. Sebabnya kita tak perlu jadi saintis atau profesor yang buat kajian gaharu untuk tanam pokok ni.

Sebagai petani atau pengusaha, malah pelabur individu ataupun syarikat sekalipon tak perlupon tahu secara detail tentang gaharu.

Nak tanam pokok semua orang boleh buat. Tak perlu pergi kursus, bengkel, baca blog pertanian dan tak juga perlu study banyak-banyak sampai dapat master pon.

Dan anda tak perlu habiskan minyak kereta semata-mata nak jumpa pegawai pertanian untuk mintak nasihat dan tunjuk ajar dalam pelaburan tani jangka panjang ni.

Sebenarnya ramai pembaca blog ni telefon saya dan tanya itu dan ini. Saya fikir mereka baru nak mula atau tengok macam taknak membesar je pokok jadi mereka tanya sedikit sebanyak untuk dapatkan panduan maklumat tambahan selain dari pembacaan dalam ni.

Saya fikir jugak mereka bertanya sebab masing-masing nak labur pada skala besar dalam tempoh yang sama tanpa pakej percubaan.

Mereka ini cuba mengurangkan risiko dari seribu kemungkinan, dan bagi mendapatkan maklumat tambahan khas untuk tidak ulangi sejarah orang lain.

Ciri ciri gaharu yang baik bermula dari benih yang terbaik. Kalau asal hutan, itu anak yang asal tapi bila dah dibuat tissue culture sudah tentu tak sesuai jika tanah berstatus pasir yang tinggi.

Jadi timbul pelbagai persoalan yang boleh dibangkitkan meskipun saya sebut sebagai mudah seperti diatas. Inilah faktor yang menjadi kurangnya keyakinan pelabur dan petani baru bila nak masok dalam gaharu.

Pendek cerita kalau pohon yang ditanam tu subur dan baik pembesarannya...adakah ia melambangkan ciri gaharu yang baik?

Sudah tentu tidak. Tujuan suburkan dan besarkan supaya tanaman ini dapat dituai hasil secepat mungkin berdasarkan jadual. 

Dan untuk mendapatkan teras resin gaharu dari pokok yang subur tidak akan mudah membentuk hasil sedemikian. Ini kerana kekuatannya mempertahankan diri dari sebarang penyakit dan bahagian yang dirosakan akan terbentuk dan diperbaiki semula secara semulajadi.

Keupayaan ini adalah tahap kekebalan pokok mempertahankan diri dari sebarang jangkitan dan kerosakan pada batang yang masih hidup.

Oleh itu, ciri ciri gaharu yang baik adalah bukannya benihnya atau anak pokoknya. Tetapi terasnya yang berkualiti untuk penghasilan resin terbaik.

Kalau kita nak hasilkan teras terbaik, perlu tanam spesis yang menghasilkan teras resin baik seperti gaharu buaya, yang berstatus super king.

Kalau equilaria crassna sudah tentu untuk hasilkan gaharu belang harimau sahaja. Jadi, pilih yang terbaik untuk pulangan yang baik.

Rabu, 13 Julai 2016

Perbezaan istilah tentang gaharu dan maksudnya

Apabila disebut gaharu, orang akan bayangkan pokoknya. 

Bila disebut depu, ramai akan fikir ia sejenis gaharu.

Dan istilah karas ramai menganggap ia adalah gaharu.

Bagaimana pula dengan tengkaras ataupon kikaras?

Ramai orang tak kenal apa itu candan. Bagaimana rupa pokoknya dan adakah ia dari spesis gaharu.

1. Candan

Terdapat pula jenis candan, dalam istilah sains disebut sebagai aquilaria hirta. Namun, spesis ni pula terdiri dari nama-nama berikut;

# Candan padi
# Candan gajah
# Candan gunung

Antara ketiga-tiga istilah diatas yang mana satukah termasuk dalam aquilaria hirta?

Macam mana pulak nasib candan gajah? Nak letak kat mana pulak.....

Sekiranya begitu, bagaimana pula kategori untuk candan gunung?

Tolong jawab....

2. Depu

Depu adalah sejenis pokok gaharu yang bersaiz besar. Sekiranya istilah sains digunakan, ia menjadi seperti ni equilaria ... ?????..

3. Karas

Tengkaras ataupun kikaras adalah pokok yang sama. Akan tetapi, bila disebut karas dalam istilah sains equilaria jenis apa yang dikategorikan sebagai spesis ini?

4. Gaharu tanduk

Manakala spesis ni pulok adalah tergolong dalam aquilaria beccariana, betul ker?

Kalau dah betul, dalam kumpulan mana pulak untuk gaharu buaya. Aquilaria ??

Persoalan akhir

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk terangkan didalam ruangan komen blog ni...itupon sekiranya persoalan diatas anda sudah sedia maklum. 

Dan tak keterlaluan sekiranya saya kata disini adalah menjadi tanggungjawab para penyelidik, khususnya universiti yang terlibat dalam penyelidikan tentang gaharu, menyediakan maklumat berkenaan persoalan diatas.

Bagi para pembaca dan mereka yang temui blog ni, adalah baiknya komen dengan cara bertanyakan persoalan yang relevan dengan perkara berbangkit dalam artikel ini serta menambah maklumat berkaitan sebagai penambahbaikan entri ini.

Perkara diatas dibangkitkan hanyalah sekadar suatu perkongsian maklumat. Oleh itu, sebaiknya anda sebagai pelawat turut serta berkongsi tentang hal tersebut bagi mengupas persoalan yang belum terjawab didalam laman ni untuk rujukan kepada pengunjung seterusnya.

Tanaman gaharu berkonsepkan hutan adalah lebih sesuai

Memandangkan spesis gaharu berasal dari hutan, jadi bukan sesuatu yang luar biasa jika idea ini diketengahkan. 

Jika kita lihat dan perhatikan, anak gaharu hijau mekar bila kawasan tersebut dikelilingi pokok tinggi yang lain.

Tambahan pula, tanah yang ditanam telah dipenuhi dengan tahi cacing pada permukaannya.

Disini dapat dibandingkan keadaan anak gaharu yang bermasalah apabila ditempatkan dikawasan tanah yang baru diteroka.

Tetapi, biasanya sesuatu pelaburan baru oleh individu atau syarikat, tak mungkin melaksanakan sesuatu projek secara kecil-kecilan bermula dari beberapa anak pokok sebagai pakej percubaan mereka.

Sudah pastinya sesuatu kawasan tanah yang diteroka akan dibersihkan pada skala besar menggunakan jentera berat.

Perkara ni bukanlah suatu kesalahan memandangkan zaman kini dan teknologi terkini begitu banyak kemudahan dan langkah penjimatan masa serta tenaga. Mereka yang nak mulakan sudah pasti membuat kiraan kos logistik, kos upah tenaga buruh am dan masa yang diperlukan untuk mendapatkan hasil.

Akan tetapi, spesis ini bukanlah tanaman yang boleh disesuaikan dengan komoditi yang lain. Ianya mempunyai sedikit perbezaan bagi menjayakan sesuatu pembangunan tanah gaharu.

Dari sejarah pertanian gaharu, ramai yang temui jalan buntu, kegagalan ni akibat dari pembukaan tanah secara besar-besaran kemudian penanaman terus dibuat.

Gaharu bukanlah sepertimana tanaman komoditi yang lain. Pembukaan tanah yang berskala besar menyebabkan keadaan tanah menjadi kering dan keras. Kesukaran pokok menyesuaikan diri adalah faktor utama yang menyebabkan peratus anak pokok yang mati lebih tinggi. Ini menyebabkan kos permulaan projek membebankan dan diluar jangkaan penanam.

Saya bukannya maksudkan cara demikian menyebabkan semua pelabur dan penanam akan gagal. Ianya adalah suatu cara yang membebankan kos operasi dalam proses pembesaran pokok yang ditanam.

Kebarangkalian kematian anak pokok atau terbantut untuk jangkamasa yang lama adalah lebih tinggi dari menggunakan konsep teduhan semula jadi untuk anak gaharu yang baru ditanam.

Adalah tidak salah sekiranya penggunaan jentera berat bagi maksud pembersihan peringkat pertama, kemudian meninggalkannya untuk jangka masa tertentu sehingga belukar memenuhi ruang tanah yang akan ditanam.

Setelah belukar mula memenuhi ruang dan meninggi, peringkat kedua adalah membuat pembersihan manual oleh tenaga upahan buruh am sebelum penanaman anak gaharu dilaksanakan sepenuhnya. Langkah sebegini sedikit-sebanyak membantu tanah sentiasa lembab dan subur.

Sesuatu pelaksanaan yang salah berkemungkinan pemilik projek sukar untuk buat pusingan U. Oleh itu, pengalaman pertama adalah penting bagi tujuan mengurangkan kesalahan. 

Ini kerana sesuatu tindakan yang salah menyebabkan penanam menanggung bebanan modal yang lebih besar dari kos sepatutnya. Sebab ni jugaklah blog seperti ini ditulis khas untuk rujukan anda.