Khamis, 16 Oktober 2014

Anak pokok gaharu dari Kampung Serdang Dungun Terengganu

Dalam kesibukan tugasan harian, saya berkesempatan pergi ke Kampung Serdang dalam
daerah Dungun Terengganu dan berkenalan dengan seorang lagi orang lama dalam industri gaharu.

Bertolak dari Kuala Terengganu diawal pagi dan sampai ke Kampung Serdang Dungun
Terengganu sekitar jam 1030 pagi. Dipersekitaran hadapan rumahnya, kelihatan kayu kayan spesis gaharu yang tidak dapat dipastikan disusun rapi.

Turut kelihatan taburan yang agak berselerak polibeg anak pokok gaharu yang sekian lama disimpan dan dibesarkan disitu. Susunannya dilokasi bawah pokok besar yang rendang dan redup sudah pasti sejuk mata memandang dan sudah pasti dapat membesar dengan baik.

Salam diberikan beberapa kali, kelihatan pintu hadapan dibuka dan kami dipelawa masuk. Berehat dianjung yang nyaman dan mendamaikan sambil menikmati teh O.

Beliau yang dikenali sebagai Lan Lintah (dulu buat lintah untuk dijual) terus-menerus membersih dan meracik kayu gaharu untuk dijual kepada peraih pada harga yang lebih mahal.

Sedikit demi sedikit torehan dibuat pada lurah-lurah kayu gaharu bagi memastikan
damar tidak terbuang.

Saudara Lan yang telah puluhan tahun menjadi orang tengah dan peraih dalam pemasaran kayu serta damar, tetap tenang melakar serta membentuk resin hasil racikan yang semestinya memerlukan masa yang lama.

Saya yang asyik memerhatikan kerjanya, sempat bertanya alatan-alatan yang diperlukan bagi kerja-kerja racikan kayu gaharu ini. Beliau turut menunjukan gred-gred damar yang terhasil dari aktiviti itu.

Beberapa kotak simpanan resin dari gred a hingga c dikeluarkan. Semuanya dari hutan rimba Malaysia.

Saya memerhati dan merasai satu-persatu gred yang berlainan ini sambil bertanya
kepadanya.

Damar yang telah diasingkan mengikut gred akan dijual semula kepada orang cina
Malaysia dan juga singapura.

Katanya lagi, orang Arab juga ada berkunjung ke rumahnya untuk membeli damar
gaharu ini.

Dari pemerhatian saya sendiri, beliau dapat hidup secara selesa hasil dari usaha diatas sahaja.

Saya meminta beliau jual sedikit anak pokok gaharu candan dihadapan rumahnya.

Beliau enggan menjual kerana ingin menanam anak-anak pokok ini dibelakang rumahnya sebagai projek tambahannya.

Encik Lan memberitahu, anak pokok ini dibeli dari pencari gaharu dihutan sejak sekian lama dan dikumpulkan.

Saya minta beberapa kali supaya jualkan kepada saya 10 anak pokok pada harga
bersesuaian dengan ketinggiannya.

10 anak pokok gaharu memenuhi bahagian belakang kereta dan sepokok anak
candan dihadiahkan kepada saya.

RM100 diserahkan dan saya meneruskan perjalanan menghala ke Ketengah
Jaya Dungun Terengganu sebelum melangkah ke Hulu Paka.

Selasa, 14 Oktober 2014

Tanaman anak pokok gaharu aquilaria subintegra

Tanaman anak pokok gaharu dari spesis aquilaria subintegra memerlukan komitmen yang tinggi bagi memastikan peratus kematian dapat dikurangkan sehingga 0%.

Ini disebabkan kita membeli benih anak pokok yang mungkin telah disimpan sekian lama tanpa pertukaran polibeg bersaiz yang lebih besar. Keadaan ini boleh menyebabkan akar tunjang yang membenam ke dalam telah mencapai ke peringkat paling bawah.

Oleh kerana itu, ianya akan menjadi bergulung/melingkar. Peringkat ini biasanya anak pokok gaharu yang ditanam akan mati.

Kelemahan satu lagi adalah pembenihan menerusi teknik tissue culture (satu maklumat yang tidak pasti kebenarannya) yang mana cara ini menghasilkan pokok yang berakar pendek. Ini menyebabkan spesis sedemikian mudah tumbang apabila meninggi khususnya apabila dipukul angin yang kuat.

Penanaman anak gaharu sedemikian di tanah yang lembut lebih berisiko menyebabkan pokok tumbang.

Gaharu aquilaria subintegra bermula pembenihannya dari negara thailand, diimport ke malaysia dan ditempatkan di kelantan, kemudian dibawa ke terengganu.

Pergerakan dari tangan ke tangan sedemikian mempengaruhi harga yang ditentukan oleh penjual.

Simpanan pada jangka masa yang lama memberi keuntungan kepada penjual yang mana anak pokok ini semakin maninggi dan boleh dijual pada harga yang lebih tinggi.

Pemilihan spesis gaharu aquilaria subintegra sangat berpotensi bagi penghasilan teras berkualiti. Fakta ini bukanlah satu yang nyata kerana ramai lagi pelabur masih dalam peringkat percubaan membesarkan anak pokok ini.  

Isnin, 13 Oktober 2014

Harga dalam bisnes anak pokok gaharu (aquilaria price) di malaysia

Harga anak gaharu (aquilaria price) di dalam malaysia adalah tidak seragam. Ianya bergantung kepada ketinggian pokok, tempat dijual (daerah/negeri) dan penjual.

Penjualan pada harga yang tidak ditentukan (standard) di dalam malaysia dipengaruhi oleh faktor lokasi, berapa kaki tinggi anak pokok dan jumlah pembelian (pukal/runcit).

Harga pukal belian import kurang 1 kaki adalah lebih rendah dari pembelian runcit pada skala kecil. Kadar minima pembelian adalah bergantung kepada penjual dan mempengaruhi servis penghantaran sama ada berbayar atau sebaliknya.

Spesis tawaran tertinggi/terbanyak adalah aquilaria crassna, a. subintegra dan a.malacensis.

Contohnya aquilaria subintegra yang mencapai ketinggian 1 kaki adalah rm 5 manakala anak gaharu yang telah mencecah 3' berharga rm15 (kuala terengganu).
Tidak kurang juga nilai ini diukur pada spesis aquilaria crassna yang mana dikira harga standard buat masa ini.

Namun tidak dinafikan sesetengah pengusaha menurunkan harga terendah disebabkan faktor berikut:

a) menarik perhatian bakal pelanggan ataupun
b) perolehan stok/bekalan anak pokok yang lebih murah
c) membuat semaian sendiri pada kos terendah

Langkah diatas adalah wajar/patut dilakukan oleh pengusaha apabila bersaing dalam industri ini.

Kebiasaan pengusaha anak gaharu meletakkan harga yang sama meskipun berlainan spesis. Kelainan nilai price adalah bergantung kepada ketinggian pokok.

Anda yang giat melaksanakan industri ini adalah wajar mencari pembekal gaharu yang boleh menawarkan anak pokok berkualiti pada harga terendah dalam malaysia.

Kebiasaan harga rendah dan penghantaran percuma adalah bagi mereka yang membuat pembelian pada skala besar (harga borong).

Ahad, 12 Oktober 2014

Penggunaan baja terbaik dalam tanaman gaharu di malaysia.

Perkembangan dan pembesaran cepat spesis aquilaria memerlukan sedikit pelaburan tambahan bagi menampung ketidaksuburan tanah ataupun kekurangan nutrien tertentu yang diperlukan oleh anak pokok gaharu.

Dipasaran malaysia terdapat pelbagai jenis baja yang ditawarkan. Semua ini terpulang kepada petani memilih yang terbaik untuk tanaman mereka.

Saranan saya disini dapatkan dan amalkan gaya pertanian mesra alam ataupun hijau dengan membuat pengambilan nutrien organik terbaik.

Masalah biasa dalam tanaman gaharu adalah daun anak pokok yang kekuningan dan seterusnya gugur. Baja organik nutrien jenis cecair adalah terbaik dalam menangani permasalahan sedemikian.

Apa yang perlu diingat disini jangan sesekali menggunakan alatan penyembur baja dari bekas racun. Khaskan alat penyemburan nutrien untuk tanaman gaharu anda.

Anda sebagai petani perlu memahami jenis bahan yang terdapat didalam baja cecair yang dipilih. Amalkan kepelbagaian nutrien organik supaya tanah dan tumbuhan gaharu mendapat keperluan yang cukup untuk pembesaran terbaik.