Rabu, 27 Januari 2016

Kawalan jenis serangga perosak tanaman

Entri kali ini adalah sebagai kesinambungan dan tambahan kepada artikel sebelumnya yang dipaparkan berkenaan dengan masalah tanaman gaharu. Pada hari ini penelitian tentang jenis serangga perosak yang biasa menyerang penanaman yang diusahakan.



a) kulat putih/hama
b) kutu thrip
c) pianggang
d) aphis/aphid/kutu daun
e) kumbang
f) belalang
g) kupu-kupu
h) ulat bulu
i) siput
j) lintah bulan
k) babi hutan

Senarai diatas merupakan musuh tanaman secara umum dan tidak dilihat secara khusus pada sesuatu jenis penanaman yang diusahakan bagi tujuan kawalan dan pengawasan.

Akan tetapi bagi mereka yang menanam pokok gaharu, hanya melibatkan beberapa jenis ancaman sahaja dari yang disenaraikan seperti diatas.

Terdapat juga masalah lain yang tidak disenaraikan diatas. Contohnya serangan kulat pada sistem akar anak gaharu.

Ancaman musuh bergantung kepada jenis tanaman yang diusahakan. Misalnya dalam penanaman pokok gaharu, terdapat serangga terbang yang membawa virus dan menyerang bahagian daun.

Terdapat juga kulat serta bakteria tidak baik yang merosakan biasanya dibahagian akarnya.

Namun diakui disini, tanaman gaharu adalah paling mudah dan tidak perlukan perhatian yang kerap.

Selain itu, tanaman gaharu juga terhindar dari ancaman lain khususnya jika ladang yang diusahakan berdekatan hutan. Antara musuh yang biasa adalah seperti berikut:

a) gajah liar yang biasa menyerang tanaman tebu dan pisang
b) kera hutan/monyet bagi tanaman buah-buahan
c) babi hutan yang biasanya akan menyerang anak getah, kelapa sawit, ubi dan pisang.

Manakala lain-lain masalah didalam tanaman gaharu boleh dirujuk pada entri sebelum ini.

Isnin, 25 Januari 2016

Klip video pokok kayu gaharu di you tube tanaman ala tradisional

Dibawah adalah antara contoh pokok gaharu kualiti sederhana dan super yang telah ditanam dan sedang meningkat dewasa.



Terdapat sedikit campuran spesis dalam satu tempat namun mudah dikenalpasti jenisnya. Seperti aquilaria crassna bersebelahan dengan a. hirta. Dan diselitkan dengan gaharu A malacensis.

Tanaman garu ini sedang membesar dan memerlukan beberapa tahun lagi sebelum mencapai ukuran matang inokulasi.

Antara fungsi semula jadi yang berlaku dari masa ke semasa adalah peranan babi hutan yang mencari makan pada waktu malam.

Fungsi ini secara tidak sengaja menyumbang kepada kesuburan tanah kesan dari gemburan untuk mendapatkan cacing. 

Biasanya binatang ini mengorek keliling pokok gaharu untuk mencari cacing dan dalam masa yang sama membuat gemburan.

Manakala kesan negatif terhadap pokok gaharu adalah kemungkinan tanaman ini hampir tunduk kebumi disebabkan gangguan pada akarnya.

Saya hanya lakukan pembersihan manual dengan sabit/pisau menebas. Tak pernah libatkan dengan mesin rumput.

Manakala kerja-kerja gemburan dilakukan oleh pembantu saya iaitu lembu pendek hanya pada waktu malam.

Rahsia disini adalah pokok gaharu ini hidup seperti didalam hutan semula jadi, yang mana tumbuhan liar lain tidak dimusnahkan seratus peratus. Ia membesar bersama dengan tumbuhan lain yang menghijau.

Ini salah satu contoh yang telah dimuatkan (upload) ke youtube. Terdapat pokok kayu lain (pohon liar) yang sengaja ditinggalkan bagi keselesaan anak gaharu yang ditanam. Video ini adalah dimuatnaik ke you tube dan dilinkkan ke blog ini.

Secara logiknya peranan tumbuhan sedia ada (pokok liar yang tinggi) dan belukar lainnya, adalah mengimbangkan tahap kepanasan cahaya matahari pada waktu tengahari hingga ke petang. Oleh itu, anak gaharu kurang terdedah dengan pancaran terik mentari secara terus 100% serta tidak mengeringkan permukaan tanah.

Bagi projek besar, adalah tidak sesuai dengan cara ini. Biasanya penanaman berskala ladang akan  menggunakan jentera berat yang mana pembersihan sehingga pada tahap hanya tinggal tanah sebelum melaksanakan tanaman gaharu.

Namun mereka tetap berjaya besarkan anak gaharu dengan membuat jadual pembajaan yang teratur dan konsisten.

Ahad, 24 Januari 2016

Pelaburan didalam pertanian pokok kayu gaharu

Video ini telah dirakam beberapa tahun lepas. Membicarakan berkenaan dengan risiko kematian anak pokok kecil aquilaria subintegra Thailand.

Berjauhan dan tahap pemantauan yang jarang mengundang kepada kebarangkalian yang lebih tinggi akan kematian anak gaharu yang masih kecil dan baru ditanam.




Katakan jika sepohon nilai RM 5 bagi ketinggian 1 kaki, dan RM15 untuk ukuran tinggi 3kaki. 

Kecil/rendah adalah lebih sukar, yang mana memerlukan kekerapan pemantauan bagi mengurangkan jumlah kematian anak pokok yang ditanam.

Sekiranya kebun berjauhan/sibuk dengan kerja-kerja lain, adalah lebih baik memilih anak pokok yang lebih tinggi.

Konsep penanaman secara kecil-kecilan adalah relevan memandangkan anak pokok yang lebih tinggi perlukan modal yang banyak.

Sekiranya anda memilih penanaman pada skala besar dan membeli anak gaharu yang kecil penjagaan yang lebih kerap diperlukan.

Dan jika anda membuat penanaman gaharu pada skala besar, serta memilih anak pokok yang lebih tinggi, projek tersebut perlukan sejumlah wang permulaan yang besar.

Pelaburan apapun mempunyai risiko tersendiri, tetapi pembangunan projek secara berperingkat adalah suatu proses pembelajaran sebelum mala petaka kegagalan yang mungkin berlaku akibat dari pengalaman dan kemahiran kendalian yang terhad.

Semua ini bergantung kepada individu memilih sama ada membangunkan tanah secara kecil-kecilan, perladangan mega, bangunkan sesuatu projek secara rancak ataupun belajar dari pengalaman sebagai simulasi dunia sebenar dan sentiasa merujuk pengalaman serta sejarah orang lain.

Kenyataan diatas adalah cara membuat pelaburan didalam pertanian pokok gaharu ataupun sebagai peraih/pembeli kayu damar ini.

Biasanya mereka yang mempunyai modal besar tidak berminat menanam pokok ini kerana jeda masa yang diperlukan bertahun-tahun sebelum keuntungan masuk ke dalam poket.

Manakala peniaga dan peraih dalam industri ini boleh mendapatkan keuntungan berkali-kali dalam beberapa siri urusniaga untuk pembelian teras ataupun disebut sebagai damar sama ada dari hutan atau tawaran daripada pemilik gaharu.

Sabtu, 23 Januari 2016

Klip video masalah tanaman pohon kayu gaharu aquilaria crassna di Paka Dungun Terengganu


Berikut adalah masalah yang biasa berlaku pada tanaman pokok gaharu di ladang.


Klip video diatas adalah pokok kayu pohon gaharu yang ditanam dan sedang membesar. Namun ianya telah mengalami masalah yang dipercayai akibat dari serangan serangga terbang yang biasanya menyerang pada daun.

Kesan serangan ini menyebabkan daun kekuningan dan kadang kala terdapat tompokan kehitaman dan akhirnya berlubang serta gugur.

Sebenarnya masalah ini mudah diatasi dengan hanya melakukan semburan nutrien seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

Ini adalah contoh pokok gaharu yang saya tanam di Hulu Paka Dungun Terengganu. Pokok tersebut sedang meningkat dewasa dan dalam masa yang sama telah diserang oleh serangga terbang sehingga menyebabkan daun kekuningan.

Sekiranya anda sedia maklum akan masalah ini dan tahu mengatasinya, projek anda akan berjaya. Tak perlu garu kepala. Ini kerana, kebanyakan tanaman gaharu berkisar kepada masalah yang sama seperti ini sahaja.

Video ini dirakam secara persendirian semasa saya membuat pembersihan manual dengan menggunakan tablet samsung.

Memandangkan ia dihubungkan secara terus dari you tube, youtube akan paparkan cadangan video lain setelah klip asal selesai dimainkan. Akan tetapi, paparan tersebut biasanya berkisar dalam kategori yang sama.

Sabtu, 2 Januari 2016

Produk super yang dihasilkan dari jenis kayu gaharu dan harganya di Malaysia

Kayu yang paling mahal berstatus super king yang harganya dikira mengikut per kilo dikategorikan termahal adalah dari jenis gaharu buaya.

Harga di Malaysia adalah dalam ringgit, dan pemasaran peringkat global diukur dengan US Dollar.


Ini merupakan produk berasaskan hasil pokok gaharu yang biasa dipasarkan. Namun, terdapat juga barang siap dan separa yang berkaitan industri ini boleh dihasilkan untuk dijual dipasaran dalam dan luar negara sama ada secara online (internet) ataupun offline.


Antaran barangan tersebut adalah:


a) minyak wangi gaharu (perfume)



b) tasbih dari kayu gaharu




c) sabun mandian dan kecantikan


d) sejadah sembahyang bagi muslim


e)pewangi  rumah/pejabat


f) minuman kopi gaharu





g) teh herba gaharu



h) abu, racikan kayu gaharu yang telah diracik bagi menghasilkan agarwood chips & powder







i) agarwood burner





Didalam industri gaharu mempunyai peluang kehadapan bagi penghasilan barangan berkualiti dan memenuhi kehendak umum. Ruang yang luas boleh diterokai bagi menjana pendapatan masyarakat.


Produk super yang dihasilkan dari jenis kayu gaharu dan harganya di Malaysia

Kayu yang paling mahal berstatus super king yang harganya dikira mengikut per kilo dikategorikan termahal adalah dari jenis gaharu buaya.

Harga di Malaysia adalah dalam ringgit, dan pemasaran peringkat global diukur dengan US Dollar.

Ini merupakan produk berasaskan hasil pokok gaharu yang biasa dipasarkan. Namun, terdapat juga barang siap dan separa yang berkaitan industri ini boleh dihasilkan untuk dijual dipasaran dalam dan luar negara sama ada secara online (internet) ataupun offline.

Antaran barangan tersebut adalah:

a) minyak wangi gaharu (perfume)


b) tasbih dari kayu gaharu




c) sabun mandian dan kecantikan


d) sejadah sembahyang bagi muslim


e)pewangi  rumah/pejabat


f) minuman kopi gaharu





g) teh herba gaharu



h) abu, racikan kayu gaharu yang telah diracik bagi menghasilkan agarwood chips & powder







i) agarwood burner





Didalam industri gaharu mempunyai peluang kehadapan bagi penghasilan barangan berkualiti dan memenuhi kehendak umum. Ruang yang luas boleh diterokai bagi menjana pendapatan masyarakat.