Jumaat, 5 Ogos 2016

Pokok jenis terbaik malaysia dan spesis gaharu paling mahal serta teras termahal di dunia.

Terdapat beberapa jenis yang dapat menghasilkan teras termahal di dunia.

1. Aquilaria crassna
Asal Kemboja dan Vietnam

2. Aquilaria sinensis 
Dari China dan Taiwan

3. Aquilaria beccariana
Dikenali sebagai gaharu tanduk ataupun candan gajah. Penghasilan teras yang berkualiti tinggi dan paling mahal.

4. Aquilaria malacensis
Merupakan spesis balak yang didapati Semenanjung Malaysia. Mudah ditanam dan dijagai. Jaminan penghasilan teras di ladang hasil dari penyelidikan sedia ada.

5. Aquilaria hirta
Atau candan padi. Perlukan tempat yang teduh dan lembab. Memerlukan masa yang panjang untuk membesar dan meninggi. Dapat menghasilkan teras terbaik serta aroma wangian yang menyenangkan.

6. Aquilaria rostrata
Menghasilkan teras terbaik dan termahal di dunia. Dipanggil dan dikenali sebagai candan gunung ataupun karas gunung. Sukar diperolehi dan tiada tawaran biji benih atau anak pokok dipasaran.

7. Aquilaria subintegra
Thailand dan Laos. Mudah dijagai tetapi tidak sesuai dikawasan yang kandungan pasir tinggi sebab spesis ini berakar pendek hasil dari teknik pembiakan tissue culture. Penanaman dalam kawasan tanah lembut atau berpasir menyebabkan ianya mudah tumbang. Namun terdapat juga jenis ini yang dihasilbiakan dari biji benih. Setakat ini Thailand berjaya hasilkan teras termahal dari aquilaria subintegra.

8. Aquilaria microcarpa
Biasa didapati di Malaysia dan Indonesia. Tawaran biji benih dan anak pokok yang terhad di Malaysia.

9. Gaharu Buaya (Aetoxylon sympetalum)
Keluaran utama dari Indonesia yang dikenali sebagai gaharu buaya.

10. Aquilaria agallocha roxb
Dikenali sebagai aquilaria agallocha. Berasal di India dan Bangladesh. Boleh diimport dari India ataupun Vietnam.

Terdapat beberapa lagi spesis yang lain. Namun, aquilaria malacensis adalah disyorkan memandangkan pilihan para penyelidik dan R&D dari jenis ini. Contohnya bahan inokulasi yang terbukti, kaedah pembukaan ladang dan produk teh herba dari daun gaharu ini.

Rabu, 3 Ogos 2016

Cara pemulihan dan rawatan masalah tanah pertanian

Pemulihan dan rawatan tanah yang bermasalah seperti berikut;

#tanah mati
#tanah berasid/status masam/asam

Pada ketika ini, segala tanaman khususnya penanaman gaharu akan terjejas, terbantut dan terencat. Cara rawatan tanah yang bermasalah secara mudah dan cepat dengan cara mengikut kesesuaian berlandaskan permasalahan seperti dibawah.

Pengertian tanah yang berasid adalah apabila persekitarannya dipenuhi dengan spesis pakis, pertumbuhan belukar yang rendah seperti terbantut ataupun hampir tiada pertumbuhan liar dipermukaannya dan berstatus keras liat semasa menggali. Ini adalah petunjuk biasa yang jelas dan mudah dikenalpasti.

Tanah berasid biasanya dipenuhi tumbuhan spesis pakis liar. Oleh itu, sebelum penanaman gaharu dilaksanakan perawatan khusus perlu dilakukan untuk memulihkan struktur tanah yang subur dan dapat mengekalkan jumlah air dan udara bagi perkembangan akar pokok tanaman. Cara yang dikupas ini lebih mudah, menjimatkan tenaga dan kos buruh.

Memanfaatkan teknologi sedia ada

Clinoptilolite Zeolite adalah nama saintifik bagi bahan ini. Hasil dari Proses pengasingan mineral yang dilombong di pergunungan, iaitu gunung berapi di Indonesia. Baja Zeolite merupakan kompenen yang sangat bermutu dan bernilai tinggi untuk menaikan tahap ph dan merawat tanah pertanian.

Ianya berupaya memulihkan tahap pH tanah yang masam (level pH 3-5) kepada tahap pH subur iaitu antara 6.0 hingga 6.9 yang mana diimbangkan pada kadar ukuran ph untuk kesuburan tanah. 

Bentuk atom (honeycomb structure) yang dapat memegang air dan udara dengan lebih efisyen supaya tanah dapat mengekalkan tahap keperluan air dan udara yang diperlukan oleh tanaman.

Kandungan mineral yang tinggi terdapat dalam zeolite dapat memulihkan tanah mati, ianya boleh digunakan dalam pelbagai bidang seperti pertanian, penternakan dan pemuliharaan alam sekitar.

Kandungan ‘Potassium’ yang tinggi, keupayaan bertindak balas dengan nitrogen dan unsur mineral semula jadi utama yang diperlukan bagi menjamin kesuburan tanah.

Unsur mineral semula jadi ini, diperlukan untuk menyuburkan dan memulihkan tanah mati. Ianya mengandungi ALUMINASILICATE yang mampu meningkatkan keupayaan tanah memegang baja dan nutrisi yang diperlukan oleh tanaman. 

Disamping keupayaan diatas, ianya juga berfungsi sebagai egen rawatan tanah dimana CLINOP ZEOLITE ini membetulkan tahap pH tanah masam (pH 3.0-5.0) kepada tahap pH tanah subur (pH 6.0-7.0). 

Ianya juga mengandungi unsur asas baja (base fertilizer) iaitu N - 15 ( untuk penyuburan pokok dan daun), P - 15 ( untuk menggalakkan perkembangan akar tanaman) dan K - 15 (untuk melebatkan bunga dan buah). 

Mempunyai CATION EXCHANGE CAPACITY (CEC) yang tinggi membantu mengikat ion-ion seperti ammonia yang diserap oleh tumbuhan.

Menambah daya tahan tanaman dan dapat mengurangkan serangan penyakit. Memaniskan hasil buah-buahan serta manambah berat hasil tanaman. 

Meningkatkan pH, KTK, N, Ca, Mg dan K dalam tanah. Meningkatkan efisiensi organik sebagai penyediaan unsur (N,P dan K). 

Meningkatkan penyerapan air. Mengendalikan atau meneutralkan bahan racun dari unsur aluminium.

Baja zeolite dapat menambah mineral tanah terutama kandungan silika, untuk merawat tanah mati.  

Mengubah struktur tanah supaya dapat meningkatkan keupayaan tanah memegang baja, air, udara dan mineral. 

Memperbaiki keupayaan proses fotosintesis untuk daun hijau serta penghasilan makanan (nutrien) untuk tanaman. Meningkatkan kecekapan kepada penyerapan dan pangambilan nutrisi dan mineral. 

Menggalakkan proses pendebungaan dan memberatkan buah. Serta memperbaiki sistem pertahanan untuk daya melawan penyakit. 

Cara pemulihan

1. Buat pembersihan manual/mesin/jentera berat dikawasan tanah yang bermasalah.

2. Taburkan bahan/baja zeolite seperti yang disarankan diatas.

3. Setelah hujan beberapa kali anda boleh melihat keberkesanannya menerusi permukaan tanah yang mula ditumbuhi dengan tumbuhan belukar liar lain. Sebaiknya lakukan pembajaan zeolite untuk beberapa kali bagi mendapat keputusan terbaik.