Jumaat, 5 Ogos 2016

Pokok jenis terbaik malaysia dan spesis gaharu paling mahal serta teras termahal di dunia.

Terdapat beberapa jenis yang dapat menghasilkan teras termahal di dunia.

1. Aquilaria crassna
Asal Kemboja dan Vietnam

2. Aquilaria sinensis 
Dari China dan Taiwan

3. Aquilaria beccariana
Dikenali sebagai gaharu tanduk ataupun candan gajah. Penghasilan teras yang berkualiti tinggi dan paling mahal.

4. Aquilaria malacensis
Merupakan spesis balak yang didapati Semenanjung Malaysia. Mudah ditanam dan dijagai. Jaminan penghasilan teras di ladang hasil dari penyelidikan sedia ada.

5. Aquilaria hirta
Atau candan padi. Perlukan tempat yang teduh dan lembab. Memerlukan masa yang panjang untuk membesar dan meninggi. Dapat menghasilkan teras terbaik serta aroma wangian yang menyenangkan.

6. Aquilaria rostrata
Menghasilkan teras terbaik dan termahal di dunia. Dipanggil dan dikenali sebagai candan gunung ataupun karas gunung. Sukar diperolehi dan tiada tawaran biji benih atau anak pokok dipasaran.

7. Aquilaria subintegra
Thailand dan Laos. Mudah dijagai tetapi tidak sesuai dikawasan yang kandungan pasir tinggi sebab spesis ini berakar pendek hasil dari teknik pembiakan tissue culture. Penanaman dalam kawasan tanah lembut atau berpasir menyebabkan ianya mudah tumbang. Namun terdapat juga jenis ini yang dihasilbiakan dari biji benih. Setakat ini Thailand berjaya hasilkan teras termahal dari aquilaria subintegra.

8. Aquilaria microcarpa
Biasa didapati di Malaysia dan Indonesia. Tawaran biji benih dan anak pokok yang terhad di Malaysia.

9. Gaharu Buaya (Aetoxylon sympetalum)
Keluaran utama dari Indonesia yang dikenali sebagai gaharu buaya.

10. Aquilaria agallocha roxb
Dikenali sebagai aquilaria agallocha. Berasal di India dan Bangladesh. Boleh diimport dari India ataupun Vietnam.

Terdapat beberapa lagi spesis yang lain. Namun, aquilaria malacensis adalah disyorkan memandangkan pilihan para penyelidik dan R&D dari jenis ini. Contohnya bahan inokulasi yang terbukti, kaedah pembukaan ladang dan produk teh herba dari daun gaharu ini.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum

Saya hanya satu batang jenis aquilaria malacensis berusia 10 tahun mempunyai akar banir dimana pokok benar benar menghasilkan serat atau urat kayu keras terbentuk berkualiti,sekarang dalam proses melukai batang pokok gaharu bagi menghasilkan teras semulajadi (original)secara manual Manakala jalan akhir dengan cara inokulasi bahan bebas kimia(bio)dan akan dibiarkan Sebatian selama 10 tahun mendatang.

Dari melaka
Wassalam
Terima kasih