Khamis, 14 Julai 2016

ciri ciri pohon gaharu yang baik

Entri kali ni adalah kesinambungan dari artikel keluaran berikut;

https://candanperdana.blogspot.my/2016/07/perbezaan-istilah-tentang-gaharu-dan.html

Apapun yang ditulis dalam artikel tersebut, namun saya sendiri tak pentingkan persoalan yang dibangkitkan pon. Sebabnya kita tak perlu jadi saintis atau profesor yang buat kajian gaharu untuk tanam pokok ni.

Sebagai petani atau pengusaha, malah pelabur individu ataupun syarikat sekalipon tak perlupon tahu secara detail tentang gaharu.

Nak tanam pokok semua orang boleh buat. Tak perlu pergi kursus, bengkel, baca blog pertanian dan tak juga perlu study banyak-banyak sampai dapat master pon.

Dan anda tak perlu habiskan minyak kereta semata-mata nak jumpa pegawai pertanian untuk mintak nasihat dan tunjuk ajar dalam pelaburan tani jangka panjang ni.

Sebenarnya ramai pembaca blog ni telefon saya dan tanya itu dan ini. Saya fikir mereka baru nak mula atau tengok macam taknak membesar je pokok jadi mereka tanya sedikit sebanyak untuk dapatkan panduan maklumat tambahan selain dari pembacaan dalam ni.

Saya fikir jugak mereka bertanya sebab masing-masing nak labur pada skala besar dalam tempoh yang sama tanpa pakej percubaan.

Mereka ini cuba mengurangkan risiko dari seribu kemungkinan, dan bagi mendapatkan maklumat tambahan khas untuk tidak ulangi sejarah orang lain.

Ciri ciri gaharu yang baik bermula dari benih yang terbaik. Kalau asal hutan, itu anak yang asal tapi bila dah dibuat tissue culture sudah tentu tak sesuai jika tanah berstatus pasir yang tinggi.

Jadi timbul pelbagai persoalan yang boleh dibangkitkan meskipun saya sebut sebagai mudah seperti diatas. Inilah faktor yang menjadi kurangnya keyakinan pelabur dan petani baru bila nak masok dalam gaharu.

Pendek cerita kalau pohon yang ditanam tu subur dan baik pembesarannya...adakah ia melambangkan ciri gaharu yang baik?

Sudah tentu tidak. Tujuan suburkan dan besarkan supaya tanaman ini dapat dituai hasil secepat mungkin berdasarkan jadual. 

Dan untuk mendapatkan teras resin gaharu dari pokok yang subur tidak akan mudah membentuk hasil sedemikian. Ini kerana kekuatannya mempertahankan diri dari sebarang penyakit dan bahagian yang dirosakan akan terbentuk dan diperbaiki semula secara semulajadi.

Keupayaan ini adalah tahap kekebalan pokok mempertahankan diri dari sebarang jangkitan dan kerosakan pada batang yang masih hidup.

Oleh itu, ciri ciri gaharu yang baik adalah bukannya benihnya atau anak pokoknya. Tetapi terasnya yang berkualiti untuk penghasilan resin terbaik.

Kalau kita nak hasilkan teras terbaik, perlu tanam spesis yang menghasilkan teras resin baik seperti gaharu buaya, yang berstatus super king.

Kalau equilaria crassna sudah tentu untuk hasilkan gaharu belang harimau sahaja. Jadi, pilih yang terbaik untuk pulangan yang baik.

Tiada ulasan: