Isnin, 8 Disember 2014

Penanaman pokok candan dan gaharu spesis aquilaria hirta

Pantang terik matahari bagi anak kecil, aquilaria hirta merupakan pokok candan yang memerlukan perlindungan dari pancaran terik mentari secara berterusan sehinggalah mencapai pembesaran dewasa.

Daunnya yang lebih lebar berbanding spesis yang lain serta berbulu dibahagian bawahnya membawa satu kelainan yang istimewa. Petani yang berkomitmen tinggi dan berdisiplin diperlukan bagi tujuan mendapat penjagaan terbaik terhadap pokok ini sebelum anak gaharu ini boleh berdikari. 

Pembesaran dikatakan agak perlahan namun tiada jauh beza antara spesis gaharu lain dari sudut jangka masa menunggu (ukuran ketinggian berasaskan masa). Mungkin juga faktor lain sebagai penyumbang seperti kesuburan, teduhan dan kesesuaian tempat. Teori ini bukanlah satu yang pasti kerana fakta sedemikian berdasarkan pengalaman penglihatan sahaja bukannya kajian secara terperinci.

Anda boleh dapatkan maklumat tepat dari mereka yang lebih berpengalaman dan pihak yang pakar dalam spesis ini bagi perbandingan dengan pokok gaharu lain.

Dapatkan pembesaran cepat aquilaria bagi perbandingan entri ini dengan gaharu hirta yang dibincangkan. Ditulis secara terperinci dalam aktiviti penjagaan dan pembesaran anak pokok dari beberapa spesis.

Tanah melayu ataupun terkini malaysia sudah sekian lama mengeluarkan damar dari spesis ini. Gaharu aquilaria hirta yang dikenali sebagai candan mempunyai daya penghasilan resin terbaik.

Maka jika ia memerlukan jangka masa yang lebih panjang untuk membesar, petani masih mempunyai pilihan gaharu yang lain sebagai tambahan kepada tanaman mereka.

Anak pokok candan dan gaharu, boleh diperolehi dari penjual dan pengusaha dalam malaysia ataupun dapatkan dihutan-hutan dan pinggiran kampung.

Apapun disini bukanlah satu kajian saintifik, tetapi hasil pengalaman yang dikutip sepanjang saya bersama anak-anak pokok gaharu.

Tiada ulasan: