Isnin, 21 September 2015

Gaharu Aquilaria Subintegra

Gaharu dari spesis aquilaria subintegra yang berasal dari negara jiran Thailand, diperakui tidak sesuai dengan bahan suntikan (inokulasi) tempatan. Sejauhmana kebenaran ini, anda boleh bertanya kepada mereka yang berpengalaman.

Adakah Thailand akan menurunkan ilmu dan bahan mereka, (termasuk teknologi yang mereka ada) dalam penanaman gaharu dari spesis ini (aquilaria subintegra).

Akan tetapi, lambakan anak pokok gaharu dari spesis aquilaria subintegra bersepahan didalam Malaysia.

Kenapa memilih anak pokok luar sedangkan kita mempunyai spesis kita sendiri yang lebih berkualiti dalam menghasilkan teras terbaik.

Aquilaria malacensis menjadi pilihan terkini kerana potensi penghasilan teras hasil suntikan bahan yang dihasilkan dalam malaysia sendiri.

Meskipun aquilaria subintegra cepat membesar namun jaminan dan bukti penghasilan teras berkualiti berada ditangan rakyat Malaysia, adakah fakta ini benar?

Adalah tidak masuk akal jika orang Thailand yang sekian lama meneroka bidang ini telah berjaya, bersetuju memindahkan 100% teknologi mereka kepada kita.

Apapun kita perlu terokai sendiri kesusahan ini bagi mendapat sesuatu yang berharga dan bernilai tinggi dalam industri gaharu.

Sekiranya mereka bersetuju memindahkan cara kejayaan dari spesis aquilaria subintegra ini, sudah tentu bersyarat yang memerlukan suatu kos tertentu yang belum tentu kita dapat penuhi.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita mencari alternatif yang tersendiri bagi menjayakan industri gaharu di Malaysia khususnya dari spesis yang kita ada.  

Namun, diharap mereka membuka peluang dengan berkongsi teknologi untuk kebaikan bersama.
Catat Ulasan