Isnin, 10 Mac 2014

Free review hosting di internet dan cara membuat laman website perniagaan anak pokok gaharu untuk dijual online

Terdapat banyak penyedia domain dan hosting sama ada berbayar ataupun percuma (free). Kita boleh review menerusi enjin carian di internet bagi mencari dan memilih webhosting terbaik.

Kita juga boleh memilih sama ada menggunakan domain dan hosting percuma (free) ataupun dari penyedia perkhidmatan ini secara berbayar bulanan/tahunan.


Penyedia perkhidmatan webhosting (server provider) diatas juga turut menyediakan template website percuma yang boleh dipilih mengikut niche bawaan masing-masing.





Terdapat juga medium promosi yang memerlukan kita mendaftar dan membuka akaun. Hanya dengan username dan password kita boleh mempromosi anak pokok gaharu dan produk-produk lain yang berkaitan di internet.  


Pengunjung boleh membuat tempahan menerusi emel, what's up ataupun nombor telefon bimbit yang tertera di laman website IM tersebut.


Medium laman web yang boleh digunakan untuk mempromosi produk ialah: 


a) blogspot (blogger) daripada google

b) mudah.com
c) fan page didalam akaun facebook
d) forum-forum yang membincangkan mengenai pertanian gaharu
e) membuat sewaan domain dan hosting dari penyedia berbayar
f) subdomain dan ruang webhosting percuma (wordpress/template web)
g) alibaba.com
h) wordpress.com

Antara produk sesuai yang boleh dipromosi ataupun dipaparkan kepada pelawat adalah:


a) anak pokok gaharu/biji benih karas

b) teras kayu gaharu (damar/resin)
c) lot hartanah gaharu
d) bahan inokulan
e) produk-produk siap berasaskan gaharu
f) baja untuk tanaman spesis aquilaria

Website hosting di internet adalah perantara pasaran yang luas dan mewujudkan rangkaian kerja sama terbuka dan bebas. Perhubungan antara pesaing yang turut bersaing sihat menjalinkan satu aliran bentuk pemasaran didalam perniagaan yang berantai dan aktif. Bisnes sedemikian bergerak pada peringkat lokal serta global yang merangkumi satu malaysia dan juga asia tenggara.  


Tiada ulasan: