Selasa, 18 Mac 2014

Penoreh getah menjadi kebal jika kebun mereka disulam dengan tanaman gaharu

Konflik dan perhimpunan aman boleh berlaku antara pekebun kecil dengan pemerintah apabila harga getah terus menjunam. Nilai RM2.40 untuk sekilo adalah tidak padan dengan titik peluh dan pelaburan mereka selama ini.

Harga getah meningkat naik sehingga belasan ringgit sekilo hanya untuk sementara waktu. Penoreh terpaksa menanggung beban kewangan akibat dari kenaikan barangan keperluan apabila ekonomi dunia muram.


Masyarakat di merata-rata tempat merungut dengan penurunan harga getah sedangkan dalam masa yang sama RON 95, 97, diesel dan keperluan lain terus meningkat.


Apakah pendekatan kerajaan bagi membendung masalah ini. Sejauh manakah kesan ekonomi keluarga penoreh yang akan dibela. Adakah cukup dengan pemberian subsidi tertentu ataupun membuat harga rata terhadap keluaran getah dalam Malaysia.


Inisiatif pekebun kecil getah dalam menghadapi kemelut ekonomi ini adalah menerusi tindakan jangka panjang menanam pohon gaharu secara sulam dengan pokok sedia ada.


Apabila getah turun harga, para pekebun kecil ini mempunyai alternatif lain mendapatkan sumber pendapatan sendiri. Buat duit menerusi pokok gaharu sepanjang musim tanpa mengabaikan produk asas utama mereka.


Sepanjang tahun, penoreh getah terpaksa berhadapan dengan kepelbagaian kesukaran ekonomi yang tidak menentu. Cuaca antara pengaruh utama menghalang mereka ini dari mengecapi pendapatan secara konsisten.


Apa tidaknya, apabila menjelang panas/kemarau, susu getah cepat kering. Apabila musim hujan mereka tidak dapat menoreh kerana pokok basah.


Pekebun kecil getah boleh mengurangkan ketidaktentuan ini menerusi tanaman gaharu di ladang mereka.


Dengan adanya pokok gaharu yang ditanam, akan memberi pulangan tunai dari masa ke semasa. Antaranya:


a) anak pokok gaharu

b) biji benih karas
c) daun depu
d) kulit batang gaharu
e) pohon kayu depu
f) teras yang terbentuk dari pokok kayu gaharu.

Dengan teknik tuaian dan penebangan 1 kaki tinggi, akan memberi peluang pucuk baru mulai tumbuh dan dewasa. Penoreh getah tidak lagi kehilangan sumber pendapatan akibat daripada permasalah ekonomi yang suram.


Ini semua hanya pendapat saya sahaja, seperti mana didalam artikel sebelum ini bertajuk pendapat penulis tentang tanaman gaharu. Walau apapun kita perlu mencuba sesuatu yang baru demi masa hadapan kepada yang lebih baik.




Tiada ulasan: