Sabtu, 15 Mac 2014

Membina nutrien aquilaria dan kawalan serangga

Fungsi baja adalah merawat tanah yang mati atau kurang subur dan juga mempercepatkan pembesaran pokok yang ditanam. 

Manakala semburan bahan organik serangga pula adalah menghalang perosak pokok yang ditanam, merawat serangan serangga, menambah tahap rintang pokok terhadap serangan serangga/kulat dan  menambah kesuburan tanaman gaharu. 


Selain daripada baja dan semburan serangga keluaran GCSB, terdapat beberapa jenis keluaran dipasaran pada nilai harga runcit seperti baja zeolite yang dibuat daripada hasil luahan gunung berapi diimport dari negara Indonesia.


Keperluan dalam pemilihan baja dan nutrient untuk pokok tanaman

a) Boleh meneutralkan struktur tanah
b) Membekalkan nitrogen
c) Membina nutrient yang diperlukan oleh spesis aquilaria
d) Sifat organic/organic kompos
e) Dapat memperbaiki/baikpulih tanah
f) Unsur antikulat/antiserangga dari herba terpilih
g) Terdapat kandungan phosphate
h) Kelengkapan mikrob baik untuk pertumbuhan tanaman
i) Boleh mencegah kehadiran/serangan virus
j) Menambah daya imunisasi/rintang terhadap serangan virus/serangga
k) Membunuh bacteria jahat terhadap tanaman
l) Berperanan sebagai perawat/pembaikpulih dari virus, serangga dan kulat.
m) Kemampuan daya antistres

Jenis nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan pembesaran anak pokok.





Fungsi kimia organic iaitu nutrien yang terdapat didalam baja.


a) Kalsium kompleks : mengurangkan kadar kemasinan tanah, menyingkirkan unsur natrium dan menguatkan system pengakaran tumbuhan.


b) Asid amino tulen : meningkatkan kadar pertukaran ion, meningkatkan microbial ( aktiviti mikroorganisma berguna tanah) dan meningkatkan rintang terhadap cuaca buruk.


c) Unsur sulfur : mengaktifkan pengoksidaan kimia dan mikrobial tanah, membentuk sulfur kepada sulfat bagi melarutkan natrium kepada natrium sulfat dan menambah unsur sulfur dalam tanah. 


d) Klorofil : pertumbuhan tanaman yang cergas dan sihat.


e) Betaines : menggalakan pembesaran tumbuhan


f) Cytokinin : menggalakan pembesaran pokok.



Bahan cairan baja dan pencegah rawatan serangan serangga/kulat

Bahan-bahan berikut perlu dicampurkan dengan air tanpa klorin. Oleh itu, penggunaan kemudahan system air paip terawat yang disediakan tiap-tiap kerajaan negeri adalah tidak sesuai.


Gunakan sumber air asli yang bukan dirawat seperti air telaga/perigi, system boring, air sungai, air kolam, tasik atau air hujan.


1. Excel magnesium

Brightonmax Sdn Bhd
07 3525192
Lokasi: Johor Bharu
Jenis baja Cecair magnesium
kesan/fungsi: Menyubur dan menghijaukan tanaman serta menghasilkan nutrient untuk pembesaran pokok.

2. Bahan magnesium dan sulfur

MaxCrop ProAktif
Brightonmax Sdn Bhd
07 3525192
Lokasi: Johor Bharu
Jenis baja Nutrien organic
fungsi: Membasmi garam natrium
kandungan bahan: Kalsium kompleks, organic asid amino dan sulfur

3. MaxGrow Tani

MAXMA Sdn Bhd
07 3538192
Lokasi: Johor Bharu
Jenis baja Nutrien organic
kesan/fungsi: Pertumbuhan cepat, perkembangan akar, rintang cuaca, rintang kulat penyakit dan serangga, tingkat system imun, 
Terdiri daripada bahan Betaines, cytokinin dan campuran organik

4. Tenen 50X

Kean Beng Lee Industri (M) Sdn Bhd
Jln Tasek Simpang Empat Pulau Pinang.
Lokasi: Penang
Jenis baja Bebas Kimia
fungsi/kesan: Pemulihan tanah mati

Antara contoh diatas boleh digunakan bagi tujuan mengaktifkan tanah supaya lebih subur dan menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan cepat anak pokok yang ditanam.


Kelemahan baja semburan adalah ia memerlukan air yang banyak bagi tujuan campuran dengan bahan nutrien tersebut sebelum semburan dapat dilakukan terhadap pokok tanaman.


Sedangkan jika penggunaan baja serbuk seperti zeolite, lain-lain organik humus dan super grow GCSB hanya taburkan dikelilingi pokok yang ditanam serta serapan nutrien akan berlaku didalam tanah apabila hujan mencurah. 


Dapatkan juga pengalaman dari mereka yang biasa menerusi JV yang disenaraikan pada entri sebelum ini.


Tiada ulasan: